Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-07-19T163420.571

Gangguan “CrowdStrike” Microsoft Memberi Kesan Hampir Seluruh Dunia

Diterbitkan Julai 19, 2024 · Dikemas kini Julai 19, 2024 oleh Muhd Idham

Kemas kini 8:40 pm 19/7/24 – CrowdStrike telah mengeluarkan kenyataan yang hanya PC Windows sahaja terjejas dan hos Mac serta Linux tidak terjejas. Mereka pun sudah mengenalpasti masalah yang dihadapi dan menyatakan yang ia bukan serangan siber atau berkait insiden keselamatan. Berita penuh di SINI.

Beberapa jam yang lepas, Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) AS telah melaporkan yang syarikat penerbangan United, Delta dan American mengalami gangguan komunikasi akibat daripada kegagalan sistem Microsoft hampir di seluruh dunia.

https://x.com/marionawfal/status/1814200141521297656?s=46&t=I_yAdCJIzr35NzXCT8Hnfw

Isu ini dipercayai bermula daripada syarikat CrowdStrike Holdings, Inc. yang bertanggungjawab membekalkan ciri keselamatan awan siber untuk Microsoft.

Selain itu, Microsoft juga menekankan yang beberapa pengguna perkhidmatan Azure dan Microsoft 365 mungkin akan alami permasalahan ini untuk tempoh masa yang tidak dinyatakan.

Frontier Airlines memberi kenyataan di mana perkhidmatan yang melibatkan tempahan, daftar masuk penerbangan dan akses pas masuk juga terjejas. Perkara yang sama berlaku pada kapal terbang yang berada di udara sehingga terpaksa melanjutkan tempoh penerbangannya sebelum mendarat.

KLIA 2, Malaysia juga mengalami masalah yang sama di mana laporan daripada FMT menyatakan yang lapangan terbang tersebut terjejas dengan isu global ini.

Tidak terkecuali juga, syarikat penerbangan AirAsia yang memberi kenyataan di platform X tentang sistem daftar masuk dan tempahan mengalami masalah yang berkait seperti syarikat penerbangan antarabangsa yang lain.

WhatsApp Image 2024-07-19 at 4.57.56 PM

Tidak terhenti di situ, Keretapi Tanah Melayu (KTM) juga mengeluarkan notis yang mana mereka mengalami gangguan teknikal daripada kemas kini ‘CrowdStrike’ Microsoft Windows.

Buat masa sekarang, belum diketahui lagi bila masalah ini akan selesai.

Rujukan: CNBC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • Netflix Catat Lebih 8 Juta Pelanggan Baharu Pada Suku Ke-2 2024, Pendapatan Meningkat
  • Reaktor Nuklear TOKAMAK Hasil Dana Dari HoYoverse Kini Mula Beroperasi
  • PDRM Tawar Diskaun Kadar Kompaun Saman Sehingga 50%
  • Ranma 1/2 Kembali, Tayangan Perdana Pada 5 Oktober 2024, Diarah Pengarah 'One Piece'

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY