Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Crowdstrike CNN

Gangguan IT Global Hanya Libatkan PC Windows, Hos Mac Dan Linux Tidak Terjejas – CrowdStrike

Diterbitkan Julai 19, 2024 · Dikemas kini Julai 19, 2024 oleh Amalina Athman

Susulan gangguan IT global yang memberi kesan kepada hampir seluruh dunia ketika ini, firma keselamatan siber CrowdStrike telah mengeluarkan kenyataan rasmi.

CrowdStrike – yang menyediakan perlindungan keselamatan untuk perisian awan, termasuk platform Microsoft 365 – berkata punca kegagalan telah dikenal pasti sebagai kemas kini kepada perisian antivirus Crowdstrike Falcon yang dipasang pada PC Windows.

Isu itu, yang menyebabkan Blue Screen of Death (BSOD), menghalang komputer daripada dimulakan dengan betul dan memaksa pengguna ke dalam kitaran pemulihan berterusan. Ia menjejaskan pelbagai sektor termasuk perkhidmatan penerbangan, rangkaian kereta api, peruncitan, perbankan dan banyak lagi.

Sementara itu, CrowdStrike juga mengesahkan bahawa gangguan itu tidak menjejaskan hos Mac dan Linux. Tambahnya lagi, isu ini bukan melibatkan insiden keselamatan atau serangan siber.

Isu ini telah dikenal pasti, diasingkan dan pembetulan telah digunakan. Kami merujuk pelanggan ke portal sokongan untuk kemas kini terkini dan akan terus menyediakan kemas kini yang lengkap dan berterusan di tapak web kami.

Syarikat itu turut menyarankan organisasi untuk memastikan mereka berkomunikasi dengan wakil CrowdStrike melalui saluran rasmi.

Sumber: CrowdStrike

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • Gangguan "CrowdStrike" Microsoft Memberi Kesan Hampir Seluruh Dunia

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY