Zeekr yang dimiliki oleh syarikat pembuat kereta Geely dari China berkata, bateri EV baharunya mengecas lebih pantas berbanding pesaingnya, termasuk peneraju industri, Tesla dan BYD.
Firma itu mendakwa baterinya yang dinaik taraf boleh dicas daripada kapasiti 10% kepada 80% dalam 10.5 minit sahaja dengan menggunakan stesen pengecas ultra-pantasnya.
Rekod kelajuan pengecasan baharu yang dicapai menerusi model sedan Zeekr 007 baharu itu dimuatkan dengan bateri litium besi fosfat (LFP) baharu dan disambungkan dengan pengecas ultra-pantas Zeekr V3.
Sebagai perbandingan, Tesla Elon Musk mengatakan pengecasan selama 15 minit membolehkan Model 3 mereka memberi julat 282km.
Sedan Zeekr 007 terbaharu yang akan tersedia mulai minggu depan, akan menjadi kenderaan pertamanya yang memiliki bateri baharu itu.
Malah Zeekr menyatakan, bateri barunya itu mampu berfungsi dengan baik walaupun dalam cuaca sejuk mengecas dari 10% hingga 80% kapasitinya dalam masa kurang daripada setengah jam pada suhu serendah -10C.
Setakat ini, Zeekr memaklumkan mereka telah membuka lebih 500 stesen pengecas ultra-pantas di China dengan lebih 2,700 pengecas, yang kesemuanya boleh menyokong pengecasan 800V.
Zeekr merancang untuk mengembangkan rangkaian kepada 1,000 stesen pengecas ultra-pantas pada tahun 2024 ini dan akan beroperasi lebih daripada 10,000 pengecas ultra-pantas pada 2026.
{suggest}
Sumber: Zeekr