Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kelajuan 5G-Advanced Dicapai CelcomDigi, U Mobile Dan ZTE Didakwa Terpantas Di Dunia Pada Masa Ini

Kelajuan 5G-Advanced Dicapai CelcomDigi, U Mobile Dan ZTE Didakwa Terpantas Di Dunia Pada Masa Ini

Diterbitkan Ogos 14, 2024 · Dikemas kini Ogos 14, 2024 oleh ariff bukhari

CelcomDigi Berhad dan U Mobile Sdn Bhd, dengan kerjasama rakan kongsi teknologi ZTE Corporation, bersama mencipta sejarah selepas mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records atas kejayaan kelajuan mudah alih terpantas selaju 30.8 Gbps.

Pencapaian itu dicapai menerusi rangkaian teknologi 5G-Advanced (5G-A) semasa percubaan langsung yang dijalankan di Kuching, Sarawak.

Malah menurut siaran media bersama syarikat itu, pencapaian luar biasa itu juga pada masa ini merupakan kelajuan terpantas yang dicatatkan di dunia.

Sebagai tambahan kepada penanda aras baharu ini, rakan kongsi turut merekodkan pengguna individu mencapai kelajuan sehingga 8.5 Gbps.

Aplikasi teknologi 5G-A membawa manfaat yang besar untuk pengguna dan juga perusahaan, kerana ia mampu menyokong aplikasi yang inovatif, kompleks dan intensif data, mewujudkan pengalaman pengguna yang optimum.

Rakan kongsi industri itu berhasrat untuk mempamerkan teknologi termaju dengan siaran langsung 5G-A pertama di Malaysia semasa Majlis Perasmian SUKMA 2024 di Sarawak kepada penonton di seluruh negara melalui Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Penonton akan dapat menikmati pengalaman dinamik dan mengasyikkan kerana siaran akan terdiri daripada strim resolusi tinggi dengan kelewatan yang minimum.

Bagi penyiar seperti RTM, ia juga akan menjadi kali pertama kepada mereka dapat merakam rakaman terbaik, semuanya melalui ekosistem tanpa wayar yang menawarkan mereka lebih fleksibiliti dan keupayaan untuk melakukan liputan pada masa nyata.

“Dedikasi ZTE terhadap inovasi dicerminkan melalui kes penggunaan 5G dan 5G-A kami, di mana, bersama rakan kongsi kami, CelcomDigi dan U Mobile, kami mencapai prestasi penting. Kami teruja untuk membawa lebih banyak kes penggunaan yang menarik sambil kami menyesuaikan penyelesaian kami untuk memenuhi permintaan unik strategi 5G Malaysia dan seterusnya.” Steven Ge, Ketua Pegawai Eksekutif ZTE Malaysia.

Orang ramai yang melawat CelcomDigi, U Mobile, dan ZTE 5G-A Pavilion yang terletak di luar Stadium Sarawak juga akan berpeluang merasai pengalaman 5G-A dipertingkatkan XR (realiti lanjutan) secara langsung.

Dengan menggunakan kamera 360° berkuasa 5G-A yang dipasang di pelbagai lokasi di dalam stadium, pengunjung boleh merasai pengalaman suasana aksi di dalam stadium dengan hanya memakai sepasang cermin mata VR.

Sumber: Siaran media CelcomDigi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Beli Barang Elektronik Lebih Berbaloi Di Platform Ini
  • Siaran Langsung Pembukaan SUKMA 2024 Akan Guna Teknologi 5G Advanced
  • Ini Perbandingan Tawaran Prapesan Pixel 9 & Pixel 9 Pro XL Paling Berbaloi
  • realme Perkenal Teknologi 320W SuperSonic - Pengecasan Penuh Dalam 4 Minit, 30 Saat

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY