Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme 320W SuperSonic_2

realme Perkenal Teknologi 320W SuperSonic – Pengecasan Penuh Dalam 4 Minit, 30 Saat

Diterbitkan Ogos 14, 2024 · Dikemas kini Ogos 14, 2024 oleh Amalina Athman

realme secara rasmi hari ini memperkenalkan teknologi pengecasan 320W SuperSonic di China.

Menurut realme, teknologi baharu ini mampu menawarkan pengecasan penuh dari 1-100% dalam tempoh 4 minit 30 saat – menjadikannya pengecasan terpantas di dunia ketika ini.

Bagi 50% pengisian, ia hanya memerlukan tempoh sekitar 1 minit 55 saat. Walaupun begitu, tempoh pengecasan mungkin berbeza, bergantung pada tetapan dan kapasiti bateri peranti.

realme Perkenal Teknologi 320W SuperSonic – Pengecasan Penuh Dalam 4 Minit, 30 Saat

Untuk mencapai tempoh tersebut, realme membangunkan teknologi bateri lipat 4 sel berkapasiti besar dan mempunyai pelesapan haba yang baik.

Ia turut menghasilkan pengecas Pocket Cannon dalam saiz kompak dengan dua port type-C serta teknologi “AirGap Charging” bagi memastikan kecekapan dan keselamatan pengecasan.

320W SuperSonic Charge is officially unveiled today! Click the video to learn more about the technology behind it and see how long it takes to charge a phone fully!#realme828Fanfest #320WFastestCharge pic.twitter.com/osefpxcRlT

— realme Global (@realmeglobal) August 14, 2024

 

Dengan teknologi pengecasan 320W, realme bakal menyaingi teknologi pengecasan 300W Redmi yang diumumkan pada tahun lalu – kemampuan pengecasan penuh bateri berkapasiti 4,100mAh dalam tempoh hampir 5 minit. Bagaimanapun, kedua-dua teknologi ini belum tersedia untuk telefon pintar komersial.

Berkaitan

  • Redmi Umum Teknologi Pengecasan 300W, Mampu Cas 100% Dalam 5 Minit
  • Siri realme GT 6 Dilancar, Harga Bermula RM2,399
  • realme C65 Mula Tersedia Esok, Harga Rasmi RM699
  • realme C63 5G Kini Hadir Dengan Cip Dimensity 6300

Sumber: realme Global

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY