Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

‘Pak Arab’ Ini Pemegang Rekod Dunia Guinness Sambungkan Konsol Permainan Paling Banyak Di Dunia Ke TV Tunggal

Posted on Ogos 14, 2024Ogos 14, 2024

Seorang lelaki Arab bernama Ibrahim Al-Nasser dari Riyadh, Arab Saudi telah memegang Rekod Dunia Guinness yang telah menyambungkan konsol permainan paling banyak di dunia ke TV tunggal.

Ia selepas dia berjaya menyambungkan sejumlah 444 koleksi konsol permainannya itu ke TV.

Dia mempunyai segala-galanya daripada Magnavox Odyssey, konsol permainan pertama yang dikeluarkan pada tahun 1972, sehingga PlayStation 5 Slim, dikeluarkan pada akhir 2023.

Koleksinya itu termasuklah Xbox 360, Nintendo Switch, Wii U, Sega Genesis dan konsol yang sangat sukar didapati seperti Super A’Can.

Beliau menyenaraikan setiap penukar dalam Microsoft Excel untuk memudahkan dia hidupkan konsol yang perlu pada TV bagi memainkan konsol tertentu.

“Selepas beberapa ketika saya perasan bahawa saya mempunyai timbunan besar konsol permainan yang tidak dapat saya mainkan. Port TV adalah terhad dan jika saya mahu bermain, saya boleh mencabut palam konsol sedia ada atau saya boleh menyimpan segala-galanya dan menambah lebih banyak penukar dan lebih banyak penukar.” Ibrahim Al-Nasser.

Daripada situlah bermulanya idea terlintas di fikirannya untuk menyambungkan semua konsol permainan yang dia ada ke TV kemudian menghubungi Guinness World Records.

Beliau berkata, semua konsol memerlukan tetapan khas dan pengurusan kabel.

Untuk menyambungkan semua konsol itu ke TV tunggal, dia menyambungkan koleksi konsolnya dengan lebih 30 penukar RCA, lebih daripada 12 penukar HDMI, dan sambungan yang mungkin tidak pernah didengari oleh anak-anak muda zaman ini untuk konsol klasiknya.

Walaupun mempunyai koleksi konsol yang banyak, tetapi beliau menyatakan, konsol permainan terbaik sepanjang zaman adalah Sega Genesis.

Model ke-2 Sega Genesis dengan pengawal 6 butang.

Sumber: Guinness World Record

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress