Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TV A 55 2025-KSP Poster-Google TV-3200×1800-RGB

Harga Promosi RM1249, Xiaomi Bawa Masuk 3 Model TV 4K Untuk Pasaran Malaysia

Diterbitkan Ogos 15, 2024 · Dikemas kini Ogos 15, 2024 oleh Helmi Samsuri

Memeriahkan lagi barisan tv sedia ada, Xiaomi Malaysia hari ini tampil menawarkan kemas kini baru bagi TV mereka melalui siri TV A Pro 2025.

Diperkenalkan pada harga promosi bermula RM1,299, ia disediakan dengan tiga pilihan model iaitu Xiaomi TV A 43′ Pro 2025, Xiaomi TV A 55″ Pro 2025 dan Xiaomi TV A 55″ 2025.

Merupakan ahli baru dalam keluarga kelengkapan AIoT Xiaomi untuk pasaran tempatan, ia hadir dengan nisbah skrin ke badan lebih tinggi berbanding TV yang lain. Menarik tentang siri kali ini ia memperagakan rekaan unibody beserta bezel nipis.

Selain itu, ia turut menjanjikan kejituan warna yang lebih baik berbanding model-model sebelumnya. Barisan tv baru ini dipersenjatakan dengan panel 4K serta digandingkan bersama teknologi paparan lebih lancar.

Melengkapkanya lagi adalah dwi pembesar suara talaan Dolby Audio bersama-sama sokongan DTS X, dan DTS Virtual X.

Untuk makluman setiap model ini bakal menerima potongan harga sehingga RM400 dan tawaran ini hanya untuk masa terhad sahaja.

Berikut adalah harga asal dan harga promosi bagi setiap model.

Xiaomi TV A 55″ 2025 – RM1,999 > RM1,699
Xiaomi TV A 43″ Pro 2025  – RM1,499 > RM1,249 
Xiaomi TV A 55″ Pro 2025 – RM2,399 > RM1,999

Siri TV A 2025 ini boleh dimiliki dengan pembelian melalui dalam talian di kedai rasmi Xiaomi Malaysia di Lazada, Shopee ataupun secara fizikal di kedai rasmi Xiaomi Malaysia seluruh negara.

Beli di:

Shopee – https://invl.io/cllkduw

Lazada – https://invol.co/cllkdxq

Berkaitan

  • Samsung, Apple Makin Tergugat, Xiaomi Dan vivo Catat Pertumbuhan Memberangsangkan Pada Suku Ke-2 2024
  • Ini Senarai Penuh Produk Xiaomi Yang Sudah Dikategorikan Sebagai Akhir Hayat (EOL)
  • Telefon Xiaomi Mungkin Dapat Ciri Mengesan Kamera Tersembunyi Tak Lama Lagi
  • Apple Jauh Dahului Pasaran Tablet Global, Huawei Dan Xiaomi Catat Peningkatan Paling Ketara
  • Xiaomi Smart Band 9 Kini Tersedia Di Malaysia Pada Harga RM199

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY