Bahagian pertama dan kedua senarai filem aksi terbaik sepanjang zaman telah pun disajikan kepada anda. Kini, kembali lagi dengan senarai terbaru untuk bahagian ketiga senarai filem aksi terbaik sepanjang zaman.
1. Apocalypse Now (1979)
https://www.youtube.com/watch?v=FTjG-Aux_yQ
Barisan Pelakon: Martin Sheen, Marlon Brando, Robert Duvall, Dennis Hopper
Pengarah: Francis Ford Coppola
Dianggap sebagai salah satu klasik sepanjang zaman, filem "Apocalypse Now" diilhamkan oleh sebuah novel bertajuk Heart of Darkness, karya Joseph Conrad. Pengarah, Francis Ford Coppola berjaya menggambarkan pelbagai kekejaman manusia semasa Perang Vietnam melalui filem ini.
Dibintangi oleh Martin Sheen, Marlon Brando, Robert Duvall, dan Dennis Hopper, filem ini menampilkan antara gabungan muzik dan filem yang paling berkesan dalam mana-mana adegan sepanjang sejarah filem.
Pautan filem: Amazon Prime - Apocalypse Now
2. Skyfall (2012)
https://www.youtube.com/watch?v=6kw1UVovByw
Sekiranya Casino Royale menghidupkan semula James Bond, maka Skyfall telah membawanya ke tahap baru. Pada tahun ke-50 siri James Bond ini, Skyfall berjaya mencipta 007 dalam salah satu Bond terbaik yang pernah ada.
Filem Skyfall menampilkan aksi yang sangat mencabar dan menyeronokkan, lebih baik dari filem sebelumnya, Quantum of Solace. Skyfall pasti akan membuat anda tidak senang duduk dan tentunya anda tidak akan menyesal menonton filem ini.
Pautan filem: Amazon Prime - Skyfall
3. Ong-Bak: The Thai Warrior (2005)
https://www.youtube.com/watch?v=Z3sJovBXEk0
Barisan Pelakon: Tony Jaa, Mum Jokmok, Panna Rittkrai, Dan Chupong
Pengarah: Prachya Pinkaew
Jalan penceritaan Ong-Bak mungkin mudah, namun apabila anda mempunyai kemahiran seni mempertahankan diri Tony Jaa, sudah cukup untuk menjadikan filem ini lain daripada lain. Koreografi Muay Thainya juga dipamerkan sepenuhnya dalam filem ini.
Tanpa menggunakan aksi berganda, tanpa grafik komputer, dan juga tiada tali yang digunakan, Ong-Bak merupakan filem Thai pertama yang berjaya menembusi pasaran seni mempertahankan diri.
Pautan filem: Amazon Prime - Ong-Bak: The Thai Warrior
4. Logan (2017)
https://www.youtube.com/watch?v=Div0iP65aZo
Barisan Pelakon: Hugh Jackman, Dafne Keen, Boyd Holbrook, Stephen Merchant
Pengarah: James Mangold
Logan adalah filem terakhir Hugh Jackman dalam memainkan watak Wolverine. Menampilkan adegan pergaduhan yang bukan hanya menggunakan CGI, ia juga dipenuhi dengan aksi berdarah dan sangat memberi kesan.
Pautan filem: Amazon Prime - Logan
5. The Legend of Drunken Master (1994)
https://www.youtube.com/watch?v=e5OPeOI5Hfg
Barisan Pelakon: Jackie Chan, Lau Kar-leung, Anita Mui, Ti Lung
Pengarah: Jackie Chan, Lau Kar-leung
The Legend of Drunken Master lakonan Jackie Chan sememangnya sangat mengagumkan. Ia melibatkan beberapa urutan aksi yang paling rumit dan sukar tetapi dilaksanakan dengan penuh sempurna sekali. Jackie Chan memainkan watak seorang peninju yang bertinju dalam keadaan mabuk di mana alkohol digunakan untuk menyembunyikan rasa sakit dan juga melepaskan semangat wira dalam diri.
Jalan cerita dan lakonan dalam filem ini kelakar dan menghiburkan, namun masih menawarkan antara aksi seni mempertahankan diri yang paling terhebat dalam filem. Jika anda berminat untuk menonton filem seni mempertahankan diri yang dibintangi oleh Jackie Chan, maka filem ini adalah pilihan yang sangat tepat.
Pautan filem: Amazon Prime - The Legend of Drunken Master
Sumber: Studio Binder & Man of Many
Baca seterusnya: Filem-Filem Tempatan Terbaik Anda Wajib Tonton Di Netflix
Berkaitan
- 10 Fakta Unik Dan Menarik Tentang Filem Toy Story!
- Aksi TikTok Dilarang Di Nepal Kerana Mengganggu Penganut Buddha
- Filem-filem Yang Ditangguhkan Disebabkan 'Coronavirus'
- Nike Air Mag - Kasut "Masa Depan" Dari Filem Back To The Future
- Filem Aksi Terbaik Sepanjang Zaman: Bahagian 1
- Chadwick Boseman, Saksikan Lima Filem Terbaik Lakonan Beliau
- 'Thor: Love and Thunder', Bukan Filem Terakhir Chris Hemsworth
- 'Pasal Kau!' - Filem Terbaru Arahan Adrian Teh Akan Datang Di Netflix
- Kisah Sebenar Di Sebalik Filem 'The Conjuring'
- Siri Dan Filem Seram Terbaik Anda Wajib Tonton Di Netflix