Filem Aksi Terbaik Sepanjang Zaman: Bahagian 2

filem aksi terbaik sepanjang zaman

Bahagian pertama senarai filem aksi terbaik sepanjang zaman sudah disenaraikan pada minggu yang lalu. Kali ini, anda akan disajikan dengan bahagian kedua senarai filem aksi terbaik untuk anda tonton di rumah.

1. Mission: Impossible - Fallout (2018)


https://www.youtube.com/watch?v=wb49-oV0F78
Barisan Pelakon: Tom Cruise, Henry Cavill, Ving Rhames, Simon Pegg

Pengarah: Christopher McQuarrie 

Nama Tom Cruise tentunya sudah sinonim dengan siri filem aksi beliau yang bertajuk Mission: Impossible. Ringkasnya, kesemua filem dalam rangkaian ini memberi persembahan yang sangat cemerlang.

Menurut Rotten Tomatoes, sekuel terbaru, Mission: Impossible - Fallout adalah filem terbaik keluaran francais ini.

Sekuel ini mengisahkan Ethan Hunt (Tom Cruise) dan pasukan IMFnya (Alec Baldwin, Simon Pegg, Ving Rhames) bersama dengan beberapa sekutu lain (Rebecca Ferguson, Michelle Monaghan) dalam misi menentang masa setelah mereka tersasar pada awalnya. Henry Cavill, Angela Bassett, dan Vanessa Kirby juga bergabung dalam memberikan lakonan yang penuh dinamik dalam filem ini.

Pautan filem: Netflix - Mission: Impossible - Fallout

2. Rocky (1976)


https://www.youtube.com/watch?v=3VUblDwa648
Barisan Pelakon: Sylvester Stallone, Talia Shire, Burt Young, Carl Weathers

Pengarah: John G. Avildsen 

Filem klasik lakonan Sylvester Stallone ini telah berjaya mengutip lebih US$1.7 bilion (~RM4 bilion) dari tayangan globalnya. Disebabkan lakonannya dalam francais filem iniSylvester turut dikenali sebagai Rocky.

Filem ini mengisahkan seorang petinju biasa, Rocky, mendapat peluang untuk melawan juara kelas berat dalam pertarungan di mana dia berusaha untuk meraih kehormatan buat dirinya.

Pautan filem: Amazon Prime - Rocky

3. Ip Man (2008)


https://www.youtube.com/watch?v=BmkvuHpfrkk
Barisan Pelakon: Donnie Yen, Danny Chan Kwok-Kwan, Sammo Hung, Lynn Hung

Pengarah: Wilson Yip, Yuen Woo-ping

The Raid menampilkan Iko Uwais dan Pencak Silat, manakala Ip Man menampilkan Donnie Yen dan Wing Chun. Walaupun Dennie sudah pernah berlakon dalam pelbagai filem aksi hebat sebelumnya, namun filem Ip Man sebenarnya yang telah membentuk legasi beliau.

Filem ini mengisahkan kehidupan seorang seniman dan guru seni Wing Chun yang juga bekas pelatih Bruce Lee, iaitu Ip Man. Ia memfokuskan pada peristiwa yang berlaku di kota Foshan sewaktu Perang China-Jepun pada era 30-an. Filem ini sesuai ditonton jika anda mencari filem genre aksi yang juga akan menyentuh hati.

Pautan filem: Netflix - Ip Man

4. Die Hard (1988 - 2013)


https://www.youtube.com/watch?v=jaJuwKCmJbY
Barisan Pelakon: Bruce Willis, Alan Rickman, Bonnie Bedelia, Reginald VelJohnson

Pengarah: John McTiernan

Walaupun Die Hard adalah sebuah filem Krismas, filem ini juga layak untuk disenaraikan dalam filem aksi terbaik sepanjang zaman.

Dibintangi oleh Bruce Willis, Die Hard menawarkan kesemuanya iaitu penjahat yang pintar, aksi pantas, mesingan, mangsa tebusan, letupan, dan juga percintaan.

Pautan filem: Amazon Prime - Die Hard

5. Enter the Dragon (1973)


https://www.youtube.com/watch?v=81jCPIag4KA
Barisan Pelakon: Bruce Lee, Jim Kelly, John Saxon, Bolo Yeung

Pengarah: Robert Clouse

Selain Jackie Chan, Bruce Lee juga sangat terkenal dengan lakonan dan kepakaran beliau dalam seni tradisional mempertahankan diri, Kung Fu. Filem Enter the Dragon merupakan filem terakhir lakonon Bruce Lee sebelum kematiannya pada 20 Julai 1973.

Enter the Dragon menjadi salah satu filem yang mengaut keuntungan paling tinggi iaitu US$350 juta (~RM1.5 bilion) dari seluruh tayangan global.

Filem ini mengisahkan Bruce Lee sebagai pakar seni mempertahankan diri bertekad untuk membantu menangkap penjual narkotik yang gengnya bertanggungjawab atas kematian adiknya. Penjahat itu beroperasi dari pulau yang dikuasai oleh pasukan seniman bela diri, yang juga menjadi penganjur perlawanan Kung Fu.

Sumber: Man of Many & Men's Health

Baca lagi: Urutan Sebenar Rangkaian Filem ‘Fast And Furious’