Filem-Filem Tempatan Terbaik Anda Wajib Tonton Di Netflix

Dengan pelbagai jenis kandungan menarik yang ditawarkan di Netflix, rakyat Malaysia kini boleh menonton lebih banyak karya tempatan di situ. Sebagai tanda sokongan kepada industri filem tempatan, apakah filem-filem tempatan terbaik yang anda wajib tonton di perkhidmatan penstriman Netflix?

1. Pekak (2016)


filem tempatan terbaik di netflix
Barisan Pelakon: Zahiril Adzim, Sharifah Amani, Ameerul Affendi, Iedil Dzuhrie Alaudin

Pengarah: Mohd Khairul Azri bin Md Noor

Genre: Drama, Cinta, Jenayah

Saksikan Trailer Pekak

Menurut IMDbPekak secara tidak langsung telah diadaptasi oleh kisah cinta terkenal 'Romeo and Juliet'. 

Pekak mengisahkan seorang pengedar dadah yang pekak bernama Uda (Zahiril Adzim), yang mengimpikan untuk menghasilkan wang yang cukup untuk mendapatkan implan koklea. Dia kemudian jatuh cinta dengan seorang gadis sekolah, Dara (Sharifah Amani) yang suka memberontak, menjadikannya lebih bertekad untuk keluar dari kesengsaraan hidupnya.

Memandangkan pengedar dadah di Malaysia boleh dikenakan hukuman mati, menarik untuk melihat penggunaan dan urus niaga dadah dalam filem ini. Oleh itu, Pekak menawarkan jalan penceritaan yang sangat menarik mengenai topik yang sering dipinggirkan dalam masyarakat Malaysia selain mempunyai nilainya yang tersendiri.

Tonton Pekak sekarang di Netflix

2. Pulang (2018)


filem tempatan terbaik di netflix
Barisan Pelakon: Remy Ishak, Puteri Aishah, Azrel Ismail, Erwin Dawson

Pengarah: Kabir Bhatia

Genre: Drama, Cinta, Sejarah 

Saksikan Trailer Pulang

Merentasi benua dan masa, Pulang mempunyai salah satu plot yang unik lebih-lebih lagi kerana ia diinspirasikan dari kisah benar.

Filem arahan Kabir Bhatia ini bermula dengan kisah Othman dan Thom, pasangan dari sebuah kampung kecil di sekitar Melaka. Berharap untuk memperoleh kekayaan, Othman menjadi pelaut. Namun, kecewa dengan realiti kehidupan pelayaran yang sukar, dia meninggalkan Thom dan menetap di Liverpool.

Enam tahun kemudian, cucu mereka Ahmad cuba untuk mencari atuknya yang sudah lama hilang, lalu membentuk satu perjalanan yang membongkar sejarah keluarganya. Sementara Pulang mempunyai saat-saat melodramatik, konteks sejarah yang ditampilkan menjadikannya lain daripada lain. Lebih-lebih lagi ada waktu dan babak yang ditunjukkan dalam filem itu berlatar belakangkan zaman Perang Dunia ke-2.

Tonton Pulang sekarang di Netflix

3. One Two Jaga (2018)


filem tempatan terbaik di netflix
Barisan Pelakon: Zahiril Adzim, Ario Bayu, Rosdeen Suboh

Pengarah: Namron

Genre: Aksi, Jenayah, Drama

Saksikan Trailer One Two Jaga

Filem One Two Jaga menampilkan kisah kehidupan di Kuala Lumpur yang lebih realistik. Filem ini menyusun dua jenis naratif iaitu salah seorang polis yang menerima rasuah dan seorang lagi pekerja migran yang berusaha untuk memenuhi kehendak dan keperluan hidup.

Juga sangat menarik melihat bagaimana One Two Jaga menyentuh isu-isu sosial yang sensitif untuk dibincangkan sesama rakyat Malaysia. Ia termasuk rasuah yang sering berlaku di kalangan polis, serta pekerja migran yang sering menjadi mangsa eksploitasi walaupun mereka sebenarnya menjadi salah satu sebab yang memajukan ekonomi negara.

Ringkasnya, filem One Two Jaga tidak hanya menawarkan aksi dan hiburan, malah juga membantu membuka mata untuk melihat isu-isu semasa yang berlaku dalam masyarakat Malaysia.

Tonton One Two Jaga sekarang di Netflix

4. Paskal (2018)



Barisan Pelakon: Hairul Azreen, Ammar Alfian, Henley Hii

Pengarah: Adrian Teh

Genre: Perang, Drama, Aksi

Saksikan Trailer Paskal

Malaysia juga sudah mula menghasilkan filem yang berunsurkan perang iaitu Paskal. Filem epik aksi tentera ini merupakan filem tempatan termahal yang pernah dicipta, juga adalah antara filem tempatan yang paling berjaya.

Paskal mengisahkan unit pasukan khas Tentera Laut Malaysia yang dieksploitasi oleh lanun jahat yang tidak dikenali. Khususnya, filem yang diinspirasikan oleh kisah benar ini mengikuti seorang pegawai Paskal bernama Arman Rahmat. Beliau terlibat dalam operasi anti-lanun, misi pengaman PBB, dan misi menyelamatkan tebusan di Borneo.

Untuk babak aksi pula, Paskal benar-benar mencapai tahap antarabangsa di mana dapat dilihat pegawai Malaysia menggunakan teknologi perang terbaru serta menggunakan taktik atau strategi setaraf gambaran Hollywood tentang tentera laut Amerika.

Tonton Paskal sekarang di Netflix

5. Wira (2019)



Barisan Pelakon: Hairul Azreen, Fify Azmi, Yayan Ruhian, Ismi Melinda

Pengarah: Adrian Teh

Genre: Aksi, Drama, Jenayah

Saksikan Trailer Wira

Sekali lagi pengarah Adrian Teh menghasilkan filem penuh aksi bertajuk Wira yang juga menampilkan Hairul Azreen sebagai pelakon utama. Menariknya, koreografi aksi dalam filem ini telah dibimbing oleh pelakon hebat dari negara jiran iaitu Yayan Ruhian yang juga pernah membintangi filem aksi popular, The Raid.

Dalam Wira, Hairul memainkan watak Hassan, bekas komando yang pulang dan ingin menyelamatkan bapa dan adiknya, Zain, untuk memulakan kehidupan baru. Tempat tinggal mereka dikuasai oleh seorang lelaki yang kejam, Raja, yang juga mempunyai kilang dadah di sebalik kilang kondomnya.

Konflik tercetus disebabkan keluarga Hassan yang terikat dengan hutang lama kepada Raja. Untuk melunaskannya, Hassan dan Zain dipaksa kembali ke gelanggang MMA dan pergaduhan terus meningkat dari situ.

Sumber: Hype & Den of Geek