Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Iklan aplikasi WhatsApp

Facebook Masih Mempunyai Rancangan Untuk Meletakkan Iklan Pada Aplikasi WhatsApp

Diterbitkan April 24, 2020 oleh Amalina Athman

Facebook masih belum berputus asa mengenai rancangannya meletakkan iklan pada aplikasi WhatsApp. Menurut laporan, Facebook akan meneruskan rancangan tersebut setelah selesai menggabungkan sistem permesejan WhatsApp, Instagram dan Messenger.

Perkara ini diumumkan selepas pada Januari lalu laporan The Wall Street Journal, menyatakan Facebook membekukan sementara rancangan untuk memaparkan iklan dalam aplikasi WhatsApp.

Facebook Masih Mempunyai Rancangan Untuk Meletakkan Iklan Pada Aplikasi WhatsApp

Selain itu, laporan turut memberikan beberapa perincian mengenai cara Facebook mengimplementasikan iklan bertarget pada aplikasi tersebut.

Syarikat itu mungkin akan menggunakan nombor telefon untuk menghubungkan akaun Facebook dan WhatsApp bagi menentukan iklan yang akan dipaparkan.

Namun, rancangan tersebut telah menimbulkan beberapa kontroversi termasuk terdapat eksekutif yang dilaporkan bimbang ia boleh menyebabkan pengguna WhatsApp memadam akaun Facebook mereka.

Walau bagaimanapun, iklan pada aplikasi WhatsApp tidak akan hadir dalam beberapa tahun terdekat ini.

Ini kerana, Facebook telah menjelaskan bahawa untuk menggabungkan infrastruktur di semua aplikasinya akan memakan masa bertahun-tahun dimana WhatsApp akan memakan masa yang paling lama untuk digabungkan.

Sumber: Engadget

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY