Mark Zuckerberg Mahu Gabung Sistem Permesejan WhatsApp, Facebook & Instagram

Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg telah menyatakan hasrat beliau untuk menggabungkan sistem permesejan tiga platform popular di bawah kuasa beliau - WhatsApp, Facebook dan Instagram.

Kenyataan ini telah dilaporkan oleh akhbar The New York Times(via Phone Arena) baru-baru ini. Menurut laporan tersebut, perancangan ini masih diperingkat awal dan sedang dibincangkan lagi.

Melalui integrasi yang mahu dibangunkan ini, pengguna permesejan WhatsApp, Facebook(messenger) dan Instagram(direct message) akan dapat berhubung secara cross-platform tanpa perlu keluar dari aplikasi kegemaran masing-masing.

Kapsyen: Facebook


Projek ini dikatakan akan melibatkan ribuan pekerja di mana mereka perlu memikirkan cara untuk membolehkan ketiga-tiga aplikasi ini dihubungkan dengan fungsi mereka yang paling asas sekali.

Zuckerberg dikatakan mahu fungsi ini disokong dengan penyulitan penuh, sekaligus membolehkan setiap pesanan hanya dapat dilihat oleh mereka yang terlibat dengan sesuatu perbualan tersebut.

Facebook menyasarkan fungsi ini akan tersedia sepenuhnya pada hujung tahun ini atau pada awal tahun hadapan.

 

Sumber: NYTimes via Phone Arena