Iklan Akan Mula Dipaparkan Dalam Aplikasi WhatsApp Bermula Tahun Hadapan

'Status Ads' akan dipaparkan pada keseluruhan skrin peranti pintar.


Facebook dalam FMS19 (Facebook Marketing Summit) yang berlangsung di Belanda minggu ini telah mengumumkan aplikasi WhatsApp mereka akan mula memaparkan iklan bermula tahun 2020 nanti.

Ia didedahkan oleh pengguna Twitter, Olivier Ponteville yang telah mengambil gambar ketika menghadiri persidangan tersebut.



Kredit foto: Olivier PontevilleDaripada gambar yang diambil beliau itu dapat dilihat, Status Ads pada aplikasi WhatsApp (imej yang dipenuhi warna hijua dalam gambar di atas) akan memenuhi sepenuhnya skrin peranti pintar.

Ia adalah sama dengan mod paparan status pengguna WhatsApp ketika ini.

Pengumuman oleh Facebook ini tidak mengejutkan kerana ia telah didedahkan dahulu oleh pengasas aplikasi WhatsApp iaitu Brian Acton dan Jan Koum.

Mereka berdua sebelum ini menyatakan tidak bersetuju dengan perancangan Facebook cara bagi menjana pendapatan menerusi WhatsApp yang menyebabkan mereka berdua mengambil keputusan meninggalkan Facebook.

Sumber: BGR