Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Misi Baru Facebook Diperbaharui Oleh Mark Zuckerberg

Facebook Mahu Kembali Ke Zaman Kegemilangan – Mark Zuckerberg

Diterbitkan Januari 31, 2025 ยท Dikemas kini Januari 31, 2025 oleh Amsyar Latif

Pengasas Meta, Mark Zuckerberg, baru-baru ini mengumumkan hasratnya untuk mengembalikan Facebook ke fungsi asal seperti era 2000-an atau ‘OG Facebook’, selepas platform itu semakin hilang relevan berbanding Instagram dan WhatsApp. Langkah ini diumumkan semasa Meta melaporkan keuntungan suku keempat 2024 yang melonjak 49% kepada $20.83 bilion (~RM96 bilion).

Facebook sering dikaitkan dengan generasi lama, sementara Instagram yang menampilkan Reels lebih popular dalam kalangan muda.

Selama ini, Meta lebih menumpukan pelaburan besar dalam kecerdasan buatan (AI) dan metaverse, sehingga Facebook kurang mendapat perhatian.

Oleh sebab itu, Zuckerberg ingin menjadikan Facebook kembali “berpengaruh dari segi budaya” seperti dahulu.

Ia mungkin mengembalikan suasana penggunaan Facebook pada waktu ketika mana interaksi sosial lebih organik dalam kalangan kenalan.

Pada pendapat anda, adakah Facebook versi lama masih relevan pada zaman moden ini, atau Zuckerberg perlu fokus pada teknologi masa depan seperti AI?

Berkaitan

  • Dah Tamat Waranti Tapi Masih Nak Jimat Duit Hantar Servis Peranti HUAWEI? Ini Berita Baik Untuk Anda
  • Meta Mahu Platform Mereka Dipenuhi Akaun Pengguna Yang Dikuasakan AI
  • Pengguna Kelak Boleh Kongsi Status WhatsApp Terus Ke Facebook dan Instagram Stories
  • Pengguna Copilot Kini Boleh Akses Model AI Berkuasa Daripada ChatGPT Secara Percuma

Sumber: Independent

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY