Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Copilot Think Deeper

Pengguna Copilot Kini Boleh Akses Model AI Berkuasa Daripada ChatGPT Secara Percuma

Diterbitkan Januari 31, 2025 ยท Dikemas kini Januari 31, 2025 oleh ariff bukhari

Microsoft memperkenalkan ciri baharu dalam Copilot, Think Deeper, yang memberikan akses percuma dan tanpa had kepada model AI OpenAI o1.

Model ini, yang dikatakan paling berkuasa, sebelum ini hanya tersedia melalui langganan berbayar OpenAI, yang berharga sehingga USD200 (~RM883) sebulan untuk akses penuh.

Kini, Microsoft menawarkan akses AI itu secara percuma kepada semua pengguna Copilot di Windows dan laman web copilot.microsoft.com, dengan syarat anda log masuk menggunakan akaun Microsoft anda.

Perkara itu dimaklumkan oleh CEO Microsoft AI, Mustafa Suleyman.

“Hari ini kami telah menjadikan Think Deeper percuma dan tersedia untuk semua pengguna Copilot. Ia kini memberi semua orang akses kepada model penaakulan o1 bertaraf dunia OpenAI dalam Copilot, di mana-mana sahaja tanpa sebarang kos.”

Think Deeper direka untuk memberikan jawapan yang lebih mendalam berbanding respons ringkas Copilot biasa.

Copilot Think Deeper 1

Pengumuman ini dibuat tidak lama selepas AI dibangunkan China, DeepSeek melonjak popular di seluruh dunia.

Microsoft belum mengumumkan sebarang bayaran atau langganan untuk ciri ini, dan belum memberi sebarang kenyataan mengenai kemungkinan perubahannya pada masa depan.

Berkaitan

  • Dah Tamat Waranti Tapi Masih Nak Jimat Duit Hantar Servis Peranti HUAWEI? Ini Berita Baik Untuk Anda
  • Populariti Melonjak, Ini Anda Perlu Tahu Mengenai DeepSeek - Saingan ChatGPT
  • Alibaba Dakwa Model AI Baharunya Mampu Kalahkan DeepSeek

Sumber: Mustafa Suleyman

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY