Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Facebook Kini Benarkan Cipta Empat Profil Bagi Setiap Akaun, Ini Caranya

Facebook Kini Benarkan Cipta Empat Profil Bagi Setiap Akaun, Ini Caranya

Diterbitkan Ogos 19, 2022 oleh Amalina Athman

Pada bulan lalu, laporan menyatakan Meta mungkin akan membenarkan pengguna Facebook mempunyai sehingga empat profil tambahan yang berbeza di bawah satu akaun yang sama.

Berkaitan

  • Facebook Mungkin Akan Benarkan Cipta Lima Profil Bagi Setiap Akaun

Kini, Facebook telah mula melepaskan ciri yang membolehkan ciptaan sehingga empat profil tambahan itu kepada umum, secara berperingkat. Ini bermakna, setiap profil akan mempunyai senarai rakan dan feed sendiri serta boleh mengikuti Facebook Group atau Facebook Page yang berbeza.

Perlu diketahui, setiap profil tambahan tidak memerlukan nama atau identiti sebenar. Nama-nama ini tidak semestinya sepadan dengan nama yang digunakan dalam kehidupan seharian.

Kelebihan mencipta profil tambahan?

Memiliki profil tambahan ini boleh mewakili perkara yang berbeza seperti minat atau komuniti yang disertai. Sebagai contoh, ia membolehkan pengguna membahagikan rakan mereka atau menyertai group yang berbeza di bawah profil yang berbeza.

Pemberitahuan dan tetapan setiap profil tidak akan dibawa ke profil Facebook yang lain.

Cara mencipta profil Facebook tambahan

Facebook Kini Benarkan Cipta Empat Profil Bagi Setiap Akaun, Ini Caranya

Untuk mencipta profil Facebook tambahan, ikuti langkah-langkah yang akan disertakan di bawah.

1. Di hujung kanan bahagian bawah Facebook, tekan pada “Menu” atau butang tiga baris. 

2. Tekan “+” di sebelah nama akaun anda.

3. Tekan pada “Learn More”, kemudian “Get Started”.

4. Seterusnya, ikut arahan pada skrin untuk mencipta profil.

Facebook Kini Benarkan Cipta Empat Profil Bagi Setiap Akaun, Ini Caranya

Untuk mencipta profil tambahan Facebook lain, ulangi arahan di atas. Akan tetapi, perlu diketahui pengguna hanya boleh mencipta satu profil bagi setiap 72 jam, dengan maksimum 4 profil tambahan.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MCMC Lantik TM Bangunkan Projek Kabel Dasar Laut MADANI Bernilai RM2.7 Bilion
  • EV Kini Bantu Jimatkan 1.2 Juta Tong Minyak Global Sehari - Laporan
  • Apple Pay Kini Sokong Kad Public Bank
  • Cat 'Serap' Karbon Dan Pantul Haba Ciptaan Penyelidik UTM Sasar Pasaran Global
  • HONOR Magic9 Pro Max Kini Boleh Ditempah Di Malaysia, Hadiah Bernilai RM5,006 Untuk Pembeli Awal
  • ChatGPT Kini Gantung Akses 24 Jam Jika Cuba Cari CSAM
  • Apple Didakwa Rancang Usia Usang Peranti Bagi Meningkatkan Jualan iPhone
  • GrabPay Bakal Tambah Sokongan DuitNow Transfer
©2026 WISER.MY