Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
semak mfi cable

Ini Cara Semak Ketulenan MFi

Diterbitkan September 30, 2022 · Dikemas kini Mei 23, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

MFi ialah perakuan yang membuktikan bahawa Apple mengiktiraf model aksesori daripada pihak ketiga tersebut selamat dan sesuai digunakan dengan iPhone, iPad, iPod dan Apple Watch serta peranti Apple yang lain.

Ia merupakan singkatan “Made For iPhone, iPad, iPod“. Namun, sekarang Apple sudah menambah “Apple Watch”.

mfi logo 2022

Sebenarnya, label petak MFi ini tidak boleh suka-suka diletakkan. Justeru, jika ada label tersebut, 90% sememangnya ia diiktiraf Apple.

Ada juga yang cuba meniru label tersebut, namun jika anda mempunyai mata yang tajam, anda pasti dapat kesan keganjilan pada jenis font digunakan dan petaknya.

Ini Cara Semak Ketulenan MFi

Bukan hanya penjual, bahkan ada juga portal teknologi atau pempengaruh mendakwa aksesori dipromosi mereka mempunyai pengiktirafan ini tetapi sebenarnya tidak.

Bagaimana nak pastikan aksesori itu betul-betul ada pensijilan MFi daripada Apple?

1. Buka laman web ini – https://mfi.apple.com/account/accessory-search

mfi 2

2. Pilih Model atau Brand atau UPC/EAN.

  • Model – nombor model produk
  • Brand – jenama seperti McDodo, Ugreen, Baseus.
  • UPC/EAN – nombor kod bar (barcode) produk

Jika anda pilih jenama, ia akan senaraikan semua produk di bawah jenama tersebut yang menerima MFi. Jadi, anda perlu periksa satu-satu.

Untuk dapatkan terus keputusan secara spesifik tentang produk yang anda sedang cari, dicadangkan terus ambil UPC/EAN yang menggunakan nombor kod bar.

MFi mcdodo

Sebagai contoh, McDodo yang mengeluarkan puluhan aksesori untuk iPhone sebenarnya hanya mempunyai 2 kabel Lightning sahaja yang diiktiraf Apple.

Itu pun melalui carian kami, sudah tidak didapati di Shopee dan Lazada.

Jika tiada produk tersebut dalam senarai, maka sahlah produk itu tidak ada perakuan MFi daripada Apple.

Kenapa perlu pakai aksesori yang ada status MFi?

Selalunya, pengguna akan beli kabel pengecasan yang mempunyai label MFi demi menjaga bateri dan keselamatan telefon.

Hal ini berlaku terutamanya untuk mereka yang taasub dengan peratusan Battery Health.

Ia dapat memberi keselamatan pada peranti kerana telah dibina dengan kelulusan Apple. Bermakna, tidak diperbuat daripada bahan murah.

Berkaitan

  • Kos Tukar Bateri Lebih Dari RM90K, Pemilik Tesla Ini Ambil Keputusan Untuk Letupkan Kereta
  • 5 Aksesori Berkualiti Bawah RM50 Untuk Pengguna iPhone
  • Cara Semak Stesen Minyak Yang Jual Kad TNG NFC
  • Ramai Tak Sedar, Ini Benda Wajib Anda Buat Sejurus Memiliki Kad TNG
  • Bukan Telefon Pintar Sahaja, Peralatan Komunikasi & Wayarles Juga Wajib Ada Label MCMC
  • Rahsia Gambar 'Selfie' Cantik Akhirnya Terbongkar
  • Cara Matikan PayDirect Touch 'n Go Agar Baki eWallet Tidak Ditolak Di Plaza Tol
  • Buat Sendiri, Ini Cara Tambah Wang Ke Dalam Akaun KWSP Melalui Aplikasi i-Akaun
  • Jom Serbu, iTworld Sedang Adakan Tawaran Tak Masuk Akal Untuk Siri iPhone 14
  • Guna Cara Ini Untuk Tahu Serta-Merta Bila Kad TNG NFC 'Ready Stock' Di Lazada

Kalau tak nak?

Bukanlah jatuh hukum berdosa jika anda menggunakan kabel yang tidak diperakui Apple.

Perkara sebegini memang terpulang pada anda sendiri. Ikut selera, ikut poket.

Selain itu, ramai juga percaya pensijilan MFi ini salah satu cara Apple menjana wang.

Diingatkan, tidak bermakna juga aksesori yang tidak berstatus MFi itu berbahaya. Cumanya, ia berisiko dan kita tidak tahu yang manakah berbahaya dan yang mana berkualiti.

Secara peribadi, saya menggunakan kabel pengecasan MFi kerana memberi keyakinan dari segi kualiti dan keselamatan. Hal ini kerana ia melibatkan arus elektrik dan komponen dalaman.

Saya tidak mahu ambil risiko telefon rosak hanya kerana kabel yang tidak nampak fancy tapi binaannya tidak berkualiti.

Ada yang percaya MFi sangat mustahak, ada juga percaya ia hanya ciri tambahan yang tidak memberi kesan pada peranti. Jadi, keputusannya di tangan anda.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY