Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
kwsp i-akaun

Buat Sendiri, Ini Cara Tambah Wang Ke Dalam Akaun KWSP Melalui Aplikasi i-Akaun

Diterbitkan September 20, 2022 · Dikemas kini Mac 5, 2024 oleh Aminuddin Ahmad

*dikemaskini pada Mac 2024 dengan antara muka aplikasi i-Akaun yang baharu

Sebut saja KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) atau EPF, semua orang tahu ia merupakan simpanan untuk hari tua. Sejak dulu, hanya majikan saja yang menguruskan caruman pekerja.

Jadi, tidak ada pilihan untuk pekerja untuk sendiri tambah wang ke dalam akaun KWSP mereka.

KWSP – Caruman Pilihan Sendiri

Tetapi, hal ini sudah berubah kerana KWSP sudah membenarkan individu untuk mencarum sendiri atau menambah wang ke dalam akaun mereka melalui ciri dinamakan Caruman Pilihan Sendiri.

“Caruman KWSP tidak dihadkan hanya kepada mereka yang diwajibkan di bawah Akta KWSP 1991. Penyertaan sukarela daripada mereka yang tidak tertakluk di bawah undang-undang KWSP adalah sangat dialu-alukan. Tambahan pula, ianya merupakan satu kelebihan bagi anda untuk menyimpan simpanan bagi kegunaan di hari persaraan.” -KWSP

KWSP – Caruman Pilihan Sendiri (1)

Saya tak pernah ada akaun KSWP, bolehkah buat caruman seperti di atas?

Tidak boleh. Anda perlulah terlebih dahulu mempunyai akaun KWSP sebelum melakukan caruman pilihan sendiri ini.

Saya seorang pekerja tetap dan memang majikan buat caruman setiap bulan. Boleh buat juga?

Boleh. Ini antara tujuan Caruman Pilihan Sendiri diperkenal.

Ada had minimum atau maksimum?

Jumlah minimum untuk caruman, ialah RM10.

Namun bagi had maksimum, ia terhad sehingga RM60,000 setahun untuk semua Caruman Sukarela.

Boleh tak saya terus masukkan wang ke dalam akaun KWSP tanpa perlu isi apa-borang?

Boleh. Anda boleh lakukannya melalui kaedah perbankan internet (online banking/transfer) dan laman web atau aplikasi i-Akaun KWSP.

i-akaun kwsp

KWSP mengingatkan pelanggan untuk beri tempoh sehingga 14 hari bekerja untuk bayaran caruman dinyatakan dalam penyata.

Berkaitan

  • Cara Semak Stesen Minyak Yang Jual Kad TNG NFC
  • Cara Semak Berapa Banyak Anda Sudah Habiskan Di Shopee Selama Ini
  • Ramai Tak Sedar, Ini Benda Wajib Anda Buat Sejurus Memiliki Kad TNG
  • Cara Ketahui Harga Sebenar Produk Di Shopee Dan Lazada Sebelum "Diskaun"
  • Ini Senarai Pautan 'Scam' Dan Cara Ketahui SMS Daripada 'Scammer' Atau TNG eWallet
  • Senarai Stesen MRT Yang Jual Kad Touch 'n Go
  • Rahsia Gambar 'Selfie' Cantik Akhirnya Terbongkar
  • Cara Matikan PayDirect Touch 'n Go Agar Baki eWallet Tidak Ditolak Di Plaza Tol

Bagaimana cara masukkan wang ke dalam akauan KWSP melalui aplikasi i-Akaun?

Buka aplikasi KWSP i-Akaun > log masuk > tekan top-up sekarang (sekiranya ada pop-up i-saraan, anda boleh tekan langkau jika anda tidak mahu berbuat demikian) di halaman utama atau di bahagian simpanan > masukkan jumlah RM > tekan teruskan > pilih bank >teruskan dan boleh lihat butiran caruman > tekan teruskan.

Buat Sendiri, Ini Cara Tambah Wang Ke Dalam Akaun KWSP Melalui Aplikasi i-Akaun
Buat Sendiri, Ini Cara Tambah Wang Ke Dalam Akaun KWSP Melalui Aplikasi i-Akaun
Buat Sendiri, Ini Cara Tambah Wang Ke Dalam Akaun KWSP Melalui Aplikasi i-Akaun
Buat Sendiri, Ini Cara Tambah Wang Ke Dalam Akaun KWSP Melalui Aplikasi i-Akaun
Buat Sendiri, Ini Cara Tambah Wang Ke Dalam Akaun KWSP Melalui Aplikasi i-Akaun

Anda dibawa ke laman web bank untuk proses pengesahan dan pemindahan wang seperti biasa. Ikut saja arahan.

carum sendiri kwsp 4

Tekan ‘Return to merchant’s page’. Aplikasi akan paparkan ‘Thank You’ atau ‘Terima Kasih’ jika transaksi anda berjaya.

carum sendiri kwsp 5

 

Selesai. Ini bermakna transaksi sudah berjaya.

Diingatkan, transaksi ini akan dipaparkan dalam rekod dan aplikasi dalam masa 3-14 hari.

Untuk maklumat lanjut, terus layari laman KWSP.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY