Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Meta, AFP

Meta Menang Saman, Dibenarkan Latih AI Llama Guna Buku Hak Cipta Tanpa Kebenaran

Diterbitkan Jun 26, 2025 ยท Dikemas kini Jun 26, 2025 oleh ariff bukhari

Seorang hakim persekutuan di San Francisco memihak kepada Meta dalam kes saman oleh sekumpulan penulis yang mendakwa syarikat itu melanggar hak cipta dengan melatih model AI Llama menggunakan karya mereka tanpa izin.

Hakim Vince Chhabria memutuskan bahawa penggunaan bahan tersebut adalah “transformasi” dan layak dianggap sebagai “penggunaan wajar” di bawah undang-undang hak cipta AS.

Namun, beliau menegaskan bahawa hujah yang lebih baik boleh dibuat jika penulis menumpukan pada kesan pasaran iaitu AI berpotensi menjana karya yang bersaing secara besar-besaran dengan buku asal.

Keputusan ini merupakan kemenangan kedua dalam minggu yang sama untuk syarikat AI, selepas hakim lain memihak kepada model AI Claude oleh Anthropic dalam kes serupa.

“Penggunaan buku-buku yang dipertikaikan untuk melatih Claude dan pendahulunya adalah sangat transformatif dan merupakan penggunaan yang adil,” tulis Hakim Mahkamah Daerah, William Alsup dalam keputusannya.

Dalam kedua-dua kes, mahkamah mengakui sifat “transformasi” dalam penggunaan kandungan hak cipta untuk melatih AI, tetapi menekankan bahawa keputusan ini tidak bermaksud penggunaan sedemikian secara automatik sah.

Ia hanya isu plaintif tidak mengemukakan hujah yang tepat.

Berkaitan

  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda
  • Kajian: AI Grok Gagal Saring Fakta Ketika Krisis Israel-Iran
  • Penyelidik China Bangunkan Dron Sekecil Nyamuk

Sumber: AFP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY