Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sime Darby Rasmi Memeterai Perjanjian Untuk Bangunkan Pusat Data Kedua Di Elmina

Sime Darby Rasmi Memeterai Perjanjian Untuk Bangunkan Pusat Data Kedua Di Elmina

Diterbitkan Disember 3, 2024 · Dikemas kini Disember 16, 2024 oleh Rushsyafizal

Sime Darby Property kini rasmi memeterai perjanjian untuk membangunkan pusat data kedua di Elmina Business Park, Lembah Klang. Projek ini melibatkan pembangunan dan penyewaan kemudahan pusat data oleh anak syarikat Sime, SDP EBP II, kepada Pearl Computing Malaysia Sdn. Bhd., sebuah subsidiari milik penuh Raiden APAC Pte. Ltd. yang berkaitan dengan Google.

Tanah seluas 77 ekar di Fasa 2 Elmina Business Park ini dijangka siap sepenuhnya pada Disember 2027. Nilai pajakan keseluruhan selama tempoh 20 tahun dianggarkan mencecah RM5.6 bilion, dengan pilihan lanjutan sehingga 10 tahun.

Sebelum ini, Sime Darby telah memeterai perjanjian untuk pusat data pertama di kawasan bersebelahan yang melibatkan tanah seluas 49 ekar, yang dijangka siap pada 2026. Projek ini adalah sebahagian daripada pelan pengembangan bernilai $2 bilion oleh Google, termasuk pembukaan wilayah awan (cloud region) di Malaysia.

Langkah ini mengukuhkan lagi kedudukan Elmina Business Park sebagai hab teknologi utama di Malaysia dan membuktikan keyakinan syarikat global terhadap infrastruktur tempatan, sekali gus membuka peluang ekonomi serta inovasi teknologi.

Berkaitan

  • Nak Telefon Flip Tapi Skrin Besar, Kamera Lawa? Ini Telefon Anda Cari
  • Produk Elektronik Pilihan: Jimat Besar Di Shopee, Patut Masuk ‘Wishlist’ Anda
  • Haier Rai Ulang Tahun Ke-40 Di Malaysia, Sasar Dominasi Pasaran Peralatan Rumah 2025
  • PlayStation Sambut Ulang Tahun Ke-30 Dengan Tawar Tema Nostalgia PS Terdahulu Untuk PS5
  • HONOR Festive Holiday Season, Ada Diskaun Dan Hadiah Eksklusif Hingga RM1,898

Sumber: DataCenterDynamics

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY