Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Permintaan Air Di Pusat Data, SPAN Tuntut Teknologi Dan Infrastruktur Lebih Efisien

Permintaan Air Di Pusat Data, SPAN Tuntut Teknologi Dan Infrastruktur Lebih Efisien

Diterbitkan Januari 21, 2025 · Dikemas kini Januari 21, 2025 oleh Amalina Athman

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mencadangkan agar kerajaan melaksanakan beberapa dasar bagi menguruskan permintaan bekalan air antara pengguna domestik dan pusat data.

Antara dasar yang dicadangkan ialah Kerajaan Persekutuan perlu menetapkan dasar pengoperasian pusat data secara mampan.

Sementara kerajaan negeri perlu memastikan kecukupan sumber air mentah sebelum meluluskan pembangunan pusat data, serta operator bekalan air perlu melakukan perancangan pembangunan infrastruktur air bagi memastikan bekalan air mencukupi kepada semua pengguna.

Dalam kenyataan hari ini, SPAN memaklumkan pembangunan pusat data secara teratur dan lestari yang mengambil kira aspek penyahkarbonan dalam mencapai sasaran sifar bersih, dapat menjamin perkembangan ekonomi serta kesejahteraan negara pada masa hadapan.

Pusat data termasuk pusat data berskala besar telah mula dibangunkan secara pesat berikutan perkembangan ekonomi digital serta teknologi tinggi selaras dengan pembangunan aplikasi 5G, kecerdasan buatan (AI), penyimpanan awan, perlombongan BitCoin, perbankan digital atau komersial dan sebagainya.

Kenyataan itu memaklumkan trend ketersediaan sumber air sedang mengalami perubahan ketara akibat perubahan iklim sehingga memberi tekanan kepada keseluruhan operasi pembekalan air bersih oleh operator.

Susulan itu, SPAN mencadangkan pembangunan pusat data perlu mengambil kira faktor ketersediaan sumber air mentar di kawasan pembangunan, pengurangan kebergantungan kepada bekalan air terawat dan kebolehlaksanan penggunaan sumber alternatif serta ketersediaan infrastruktur sistem bekalan air dan pelaburan yang berkaitan.

Antara lainnya termasuk cadangan mengenai beberapa langkah jangka panjang bagi meningkatkan kecekapan penggunaan air dalam kalangan pemaju pusat data bagi tempoh lima tahun, antaranya penggunaan air pulih guna, teknologi penyejukan efisien serta sistem pengumpulan air hujan.

Dengan langkah-langkah ini, pusat data dapat mengurangkan penggunaan air dan meningkatkan keberkesanan operasi mereka.

Berkaitan

  • Projek Pusat Data Amazon Sedang Dibangunkan Di Cyberjaya
  • Sime Darby Rasmi Memeterai Perjanjian Untuk Bangunkan Pusat Data Kedua Di Elmina
  • Meta Mahu Guna Kuasa Nuklear Untuk Pusat Data Seawal Tahun 2030
  • Dah Tamat Waranti Tapi Masih Nak Jimat Duit Hantar Servis Peranti HUAWEI? Ini Berita Baik Untuk Anda

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY