Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pusat Data Baharu Akan Dibangunkan Di Johor, Menyokong Inisiatif TVET

Pusat Data Baharu Akan Dibangunkan Di Johor, Menyokong Inisiatif TVET

Diterbitkan Februari 12, 2025 · Dikemas kini Februari 12, 2025 oleh ariff bukhari

AirTrunk, pakar pusat data berskala besar Asia Pasifik & Jepun (APJ), mengumumkan pembangunan pusat data awan keduanya di Malaysia, AirTrunk JHB2, di Iskandar Puteri, Johor.

Dengan kapasiti lebih 270MW, JHB2 akan menyokong permintaan syarikat awan awam dan teknologi global.

JHB2 ialah pusat data ke-12 AirTrunk merentasi lima pasaran APJ – Australia, Hong Kong, Jepun, Malaysia and Singapura – dan menambah kepada platform pusat data hiperskalanya yang kini menawarkan hampir 1.8 gigawatts (GW) jumlah kapasiti. 

Pengumuman ini dibuat susulan pembukaan pusat data pertama AirTrunk di Johor, JHB1 (150+MW), pada Julai 2024 lepas.

Secara keseluruhannya, ini menjadikan jumlah pelaburan AirTrunk di Malaysia lebih RM9.7 bilion.

JHB2 terletak di zon ketersediaan utama, menyokong pertumbuhan ekonomi digital Malaysia dan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

Seperti JHB1, JHB2 akan menggunakan teknologi penyejukan cecair terkini untuk menangani permintaan AI berketumpatan tinggi, dengan keberkesanan tenaga PUE 1.25 dan pilihan tenaga boleh diperbaharui.

AirTrunk juga mempertimbangkan penggunaan air pulih guna bagi operasi pusat datanya.

AirTrunk juga menyokong inisiatif Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dengan menyediakan pekerjaan berkemahiran tinggi, 90% pekerja tempatan, serta biasiswa STEM di UTM.

Syarikat ini juga komited kepada sasaran Sifar Bersih menjelang 2030, dengan projek tenaga solar dan Perjanjian Pembelian Kuasa Maya 30MW.

Kerjasama dengan TNB melalui Laluan Lorong Hijau (GLP) memastikan penyambungan elektrik yang lebih pantas, termasuk pembinaan pencawang baharu untuk meningkatkan daya tahan sistem elektrik di Johor.

Untuk maklumat lanjut mengenai sumbangan JHB2 dan AirTrunk kepada Malaysia, sila layari laman AirTrunk Malaysia.

Berkaitan

  • Dah Tamat Waranti Tapi Masih Nak Jimat Duit Hantar Servis Peranti HUAWEI? Ini Berita Baik Untuk Anda
  • Bumbung Kilang Continental Di PJ Kini Digantikan Dengan Panel Solar
  • MDEC Bawakan AI Dan IoT Ke Utara, Fokus Pemodenan Sektor Pertanian Negeri Kedah

Sumber: Siaran media AirTrunk

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
  • CelcomDigi Meterai Kerjasama 15 Tahun, Bakal Sediakan Sambungan Gentian Optik Di Kulim Hi-Tech Park
  • OpenAI Akan Satukan Had Penggunaan ChatGPT Dan Codex Mulai Disember
  • Maklumat Pelanggan Mungkin Terjejas Susulan Insiden Siber Amadeus - Malaysia Airlines
  • Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport
©2026 WISER.MY