Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
dnb 5g

Selepas Hampir 2 Tahun Tanpa CEO, DNB Akhirnya Umum CEO Baharu

Posted on Oktober 22, 2024Oktober 22, 2024

Digital Nasional Berhad (DNB) mengumumkan pelantikan Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) iaitu Datuk Azman Ismail, berkuat kuasa esok, 23 Oktober 2024.

azman ibrahim dnb ceo

Imbas kembali, DNB dalam sejarahnya hanya mempunyai satu CEO iaitu Ralph Marshall dan selepas kontrak beliau tamat pada Mac 2023, jawatan tersebut ditinggalkan kosong tanpa sebarang lantikan selama 18 bulan.

Selepas peninggalan Ralph Marshall, DNB kemudian membentuk lembaga pengarah yang terdiri daripada wakil syarikat-syarikat telekomunikasi yang beroperasi di Malaysia.

Siapa Datuk Azman Ismail?

Beliau sebelum ini pernah berkhidmat di PLUS Malaysia Berhad sebagai pengarah urusan dan juga ketua pegawai eksekutif. Selain itu, beliau juga pernah menjawat jawatan Pengarah Urusan Shell Malaysia Sdn. Bhd. sebelum menyertai PLUS.

Menurut kenyataan DNB, Datuk Azman semasa di berkhidmat di PLUS telah memimpin pasukannya dalam transformasi digital yang berkesan dan mendapat pengiktirafan meluas sama ada di Malaysia, rantau Asia Pasifik mahupun di peringkat global.

Status 5G di Malaysia

Untuk pengetahuan anda, kadar penembusan 5G di Malaysia yang diterajui oleh DNB telah mencapai 81.9% di kawasan berpenduduk, umum Menteri Fahmi Fadzil pada September 2024.

Secara peribadi, saya masih ragu-ragu dengan masa depan pengelola 5G di Malaysia kerana kerajaan telah menetapkan bahawa DNB hanya akan meneruskan usaha perluasan 5G sehingga Disember 2023 dan mulai 2024 pula, ia akan diterajui oleh pengelola rangkaian kedua.

dnb dwirangkaian 5g

Kita sudah berada hampir di penghujung 2024 dan sehingga kini Kementerian Digital (dulunya DNB di bawah Kementerian Komunikasi) masih tidak mengumumkan syarikat telekomunikasi manakah yang akan mengemudi rangkaian kedua 5G di Malaysia walaupun ura-ura lama mengatakan ia adalah Huawei.

Saya fikir keputusan kerajaan mengubah daripada rangkaian borong tunggal kepada dwipemborong hanya membawa huru-hara dan kucar-kacir yang lebih besar berbanding membiarkan DNB selaku pemborong tunggal.

Apa pendapat anda?

Sumber: DNB

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress