Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
DJI Osmo Pocket 4_3

DJI Osmo Pocket 4 Kini Rasmi – 107GB Storan Terbina, Harga Dari RM1,999

Diterbitkan April 16, 2026 · Dikemas kini April 16, 2026 oleh Amalina Athman

DJI hari ini memperkenalkan Osmo Pocket 4 sebagai kamera gimbal poket baharu dengan peningkatan ketara pada keupayaan pengimejan, termasuk rakaman video yang lebih jelas dalam keadaan cahaya rendah.

DJI Osmo Pocket 4_1

Model ini masih mengekalkan sensor CMOS 1-inci, tetapi kini menyokong rakaman sehingga 4K/240fps serta menawarkan 14-Stop Dynamic Range bersama profil warna 10-bit D-Log. Rakaman gerak perlahan (slow-motion) Ultra HD turut boleh dilakukan dalam 4K/240fps.

DJI Osmo Pocket 4_6

Kini, di bawah skrin terdapat dua butang baharu. Satu ialah butang “Zoom” yang membolehkan pengguna beralih antara 1x hingga 2x Lossless Zoom atau terus ke 4x zum. Satu lagi ialah butang preset yang boleh disesuaikan mengikut pilihan pengguna.

Sementara itu, Joystick 5D baharu membolehkan pergerakan kamera ke belakang, menetapkan semula gimbal dan memutar kamera. Dengan 107GB storan terbina, pengguna boleh merakam lebih banyak kandungan dan memindahkan fail sehingga 800MB/s tanpa memerlukan kad memori.

DJI Osmo Pocket 4_5

DJI turut menambah baik ciri penjejakan dengan ActiveTrack 7.0 yang boleh mengekalkan fokus pada subjek walaupun bergerak dalam keadaan sibuk atau pada zum sehingga 4x.

Intelligent AutoFocus pula dapat memastikan subjek lebih tajam. Apabila ciri “Subject Lock Tracking” diaktifkan, kamera akan mengunci dan menjejak subjek yang dipilih secara automatik. Subjek baharu boleh ditukar hanya dengan satu sentuhan pada skrin. Selain itu, ciri “Registered Subject Priority” membolehkan fokus diberikan kepada subjek yang telah didaftarkan terlebih dahulu.

Dari segi kawalan, pengalaman penggunaan kini lebih ringkas dengan sokongan gerak isyarat seperti tapak tangan untuk aktifkan penjejakan dan isyarat “V” untuk ambil gambar atau mula dan berhenti merakam.

DJI Osmo Pocket 4_2

Antara ciri lain termasuk mod Slow Shutter Video, Film Tone, In-Camera Beautify, lampu tambahan boleh pasang serta sokongan pengecasan pantas yang mampu mencapai 80% dalam tempoh 18 minit. Apabila dicas penuh, ia boleh merakam sehingga 240 minit video 1080p/24fps.

Untuk audio, kamera ini menggunakan sistem mikrofon terbina dan menyokong sambungan terus kepada DJI Mic bagi rakaman audio empat saluran. Antara pemancar yang disokong termasuk Mic 2, Mic 3 dan Mic Mini yang dijual berasingan atau dalam pakej tertentu.

Harga dan ketersediaan

Di Malaysia, DJI Osmo Pocket 4 kini tersedia pada harga RM1,999 untuk Standard Combo dan RM2,599 (Creator Combo).

DJI Osmo Pocket 4_10
DJI Osmo Pocket 4_12

Berkaitan

  • DJI Osmo Pocket 3 Dengan Skrin Sentuh OLED Boleh Putar, Harga Dari RM2,299
  • DJI Neo 2 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM899
  • DJI Osmo Action 6 Dilancarkan, Harga Bermula RM2,079
  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • DJI Lancar Dron Avata 360, Harga Dari RM2,599

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY