Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OSMO Pocket 3

DJI Osmo Pocket 3 Dengan Skrin Sentuh OLED Boleh Putar, Harga Dari RM2,299

Diterbitkan Oktober 25, 2023 · Dikemas kini Oktober 25, 2023 oleh ariff bukhari

DJI hari ini melancarkan kamera gimbal bersaiz poket serba boleh terbaharu, Osmo Pocket 3 yang menampilkan sensor CMOS 1-inci yang berkuasa serta ciri skrin sentuh boleh putar OLED 2-inci berwarna.

Osmo Pocket 3 yang kompak dan fleksibel ini mampu merakam video 4K/120fps menawarkan mod warna 10-bit D-Log M dan 10-bit HLG yang merakam landskap dengan perincian yang menakjubkan.

Screen Shot 2023-10-25 at 9.01.57 PM
Osmo Pocket 3

Antara ciri utama lain yang ada pada Osmo Pocket 3 ini adalah ActiveTrack 6.0 yang menawarkan beberapa mod penjejakan termasuklah Pengesanan Muka Automatik dan Pembingkaian Dinamik.

3 mikrofon terbina dalamnya dilengkapi ciri mengurangkan bunyi angin dan menangkap bunyi stereo pelbagai hala yang berkualiti.

Ia juga serasi digunakan bersama aksesori DJI Mic 2 yang membolehkan rakaman dua orang untuk vlog, temu bual dan penstriman langsung.

Osmo Pocket 3 boleh ditempah dari kedai pengalaman DJI, Shopee, dan Lazada dengan penghantaran bermula hari ini, 25 Oktober 2023, dalam konfigurasi berikut:-

Osmo Pocket 3

DJI Osmo Pocket 3 Dengan Skrin Sentuh OLED Boleh Putar, Harga Dari RM2,299

  • Osmo Pocket 3
  • Kabel PD Jenis C ke Jenis C
  • Penutup Pelindung Osmo Pocket 3
  • Tali Pergelangan Tangan DJI
  • Pemegang Osmo Pocket 3 dengan Bebenang ¼”
  • Harga jualan rasmi RM2,299

Osmo Pocket 3 Creator Combo

DJI Osmo Pocket 3 Dengan Skrin Sentuh OLED Boleh Putar, Harga Dari RM2,299

  • Osmo Pocket 3
  • Kabel PD Jenis C ke Jenis C
  • Penutup Perlindungan Osmo Pocket 3
  • Tali Pergelangan Tangan DJI
  • Pemegang Osmo Pocket 3 dengan Bebenang 1/4″
  • Pemancar DJI Mic 2 (Shadow Black)
  • Cermin Depan DJI Mic 2
  • Magnet Klip DJI Mic 2
  • Pemegang Bateri Osmo Pocket 3
  • Tripod Mini Osmo
  • Beg Pembawa Osmo Pocket 3
  • Harga jualan rasmi RM2,959

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Tablet Ni Ada Slot Kad SIM Tapi Harga Murah

Sumber: Siaran media DJI

(Beli DJI Osmo Pocket 3 dari stor rasmi di Shopee dan Lazada)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY