Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
DJI Osmo Action 6

DJI Osmo Action 6 Dilancarkan, Harga Bermula RM2,079

Diterbitkan November 19, 2025 oleh ariff bukhari

DJI mencipta sejarah apabila melancarkan kamera aksi pertama di dunia, Osmo Action 6 dengan ciri apertur boleh ubah f/2.0–f/4.0.

Inovasi ini membolehkan rakaman dari kamera aksi lebih jelas walau dalam keadaan cahaya rendah serta memberi kesan kreatif seperti Starburst mode untuk lampu bandar.

Dikuasakan sensor 1/1.1 inci CMOS dengan piksel besar 2.4 μm, kamera ini menawarkan sehingga 13.5 stop dynamic range dan rakaman video sehingga 4K/120fps.

DJI OSMO 6 1

Osmo Action 6 turut menyokong SuperNight mode, slow motion sehingga 32x, serta mod 4K Custom yang memudahkan rakaman untuk pelbagai format media sosial.

Dari segi ketahanan, ia kalis air sehingga 20m tanpa sarung, tahan sejuk hingga -20°C, dan bateri yang mampu bertahan sehingga 4 jam dan menyokong pengecasan pantas.

DJI OSMO 6 2

Tambahan pula, ia dilengkapi 50GB storan terbina dalam serta sokongan audio profesional melalui sambungan mikrofon DJI.

Dengan harga bermula RM2079, Osmo Action 6 dengan ciri apertur boleh ubah bakal menjadi pilihan utama untuk pencipta kandungan, pengembara dan vlogger yang mahukan lebih kawalan rakaman.

Beli DJI Osmo Action 6 dari stor rasmi:

  • Shopee – https://invl.me/cln2voo
  • Lazada – https://invl.me/cln2voq

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • DJI Osmo Nano Dilancarkan, Harga Bermula RM1,229
  • DJI Neo 2 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM899

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY