Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
DJI Neo 2_1

DJI Neo 2 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM899

Diterbitkan November 7, 2025 · Dikemas kini November 7, 2025 oleh Amalina Athman

Selepas memperkenalkan DJI Neo generasi pertama tahun lalu, DJI kini melancarkan Neo 2 dengan beberapa penambahbaikan pada sistem penglihatan, kamera, penghantaran video serta ciri pintar.

Masih mengekalkan rekaan kompak, DJI Neo 2 kini sedikit lebih berat pada 151 gram, berbanding 135 gram untuk model pertama.

DJI Neo 2_03

Antara penambahbaikan utama ialah sokongan Omnidirectional Obstacle Sensing dan sensor LiDAR di bahagian hadapan. Dengan ciri ini, Neo 2 dapat mengesan serta mengelak halangan dari pelbagai arah ketika menjejak subjek, sekali gus menjadikannya lebih stabil dan mudah dikawal.

Keupayaan ‘hovering’ dan penentuan kedudukan turut dipertingkat untuk penerbangan lebih tepat.

DJI Neo 2_6

Dari segi pengimejan, Neo 2 dilengkapi sensor CMOS 1/2 inci 12MP dengan apertur f/2.2 serta pemproses imej berprestasi tinggi yang mampu menghasilkan rakaman lebih jelas dan kurang hingar.

Ia menyokong rakaman 4K pada 60fps, slow-mo 4K/100fps, serta video menegak 2.7K, semuanya distabilkan melalui gimbal dua paksi.

DJI Neo 2 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM899

Bagi kawalan lebih mudah, Neo 2 kini hadir dengan paparan terbina, butang khas untuk pelepasan (takeoff) serta butang suis mod. Beberapa ciri pintar turut diperkenalkan seperti Gesture Control, Return to Palm, SelfieShot, Dolly Zoom, MasterShots dan Cycling Follow, membolehkan pengguna menghasilkan rakaman yang lebih kreatif.

DJI Neo 2_7

Kapasiti storan dalaman turut dipertingkat kepada 49GB, hampir dua kali ganda berbanding 22GB pada model sebelumnya.

Ketersediaan

DJI Neo 2_8
DJI Neo 2_9
DJI Neo 2_01
DJI Neo 2_02

DJI Neo 2 sudah pun mula dijual pada harga RM899 untuk dron sahaja, dan dari RM1,209 bagi pembelian kombo. Untuk pembelian secara dalam talian, layari kedai rasmi DJI di:

  • Shopee – invl.me/cln21vl
  • Lazada – invl.me/cln21vi

Berkaitan

  • DJI Neo Dilancarkan - Dron Kompak, Harga Bermula RM869
  • Pertama Di Dunia, Ramai Terlepas Pandang Fungsi AI Dalam realme 15 Pro Ni

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY