Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
DJI Neo_0

DJI Neo Dilancarkan – Dron Kompak, Harga Bermula RM869

Diterbitkan September 6, 2024 · Dikemas kini September 6, 2024 oleh Amalina Athman

Pembangun dron terkemuka, DJI kini melancarkan  produk terbaharu, iaitu DJI Neo.

Hadir dengan rekaan kompak, DJI Neo mempunyai berat sekitar 135gram. Dron ini boleh dikawal sepenuhnya tanpa alat kawalan jauh serta dilancarkan dan mendarat pada tapak tangan.

Namun, untuk meningkatkan kawalan penerbangan dan kamera, ia boleh dipasangkan dengan aplikasi DJI Fly, alat kawalan jauh, RC Motion, DJI Goggles dan juga pengendalian suara.

Selain itu, DJI Neo turut menampilkan penjejakan subjek AI, QuickShots, imej 12MP dengan sensor 1/2-inci serta rakaman video dengan resolusi sehingga 4K/30fps.

Bagi penerbangan pula, ia boleh diterbangkan dalam tempoh sehingga 18 minit.

DJI Neo_5
DJI Neo_4
DJI Neo_6

Dengan hanya menekan butang mod dron dan memilih mod rakaman yang diingini, Neo secara automatik boleh melakukan selebihnya tanpa memerlukan alat kawalan jauh.

6 mod rakaman tersedia menerusi Neo QuickShot seperti berikut:

  • Dronie: Drone terbang ke belakang dan naik, dengan kamera dikunci pada subjek, dan merakam video.
  • Circle: Drone mengelilingi subjek.
  • Rocket: Drone naik dengan kamera menghala ke bawah.
  • Spotlight: Dron berputar sambil mengekalkan objek tumpuan dalam bingkai
  • Helix: Drone naik dan berputar mengelilingi subjek.
  • Boomerang: Drone terbang mengelilingi subjek dalam laluan bujur, menaik semasa ia terbang menjauhi titik permulaannya dan menurun semasa ia terbang kembali.

Didatangkan dengan storan dalaman 22GB, Neo boleh menyimpan sehingga 40 minit video 4K/30fps atau 55 minit video 1080p/60fps. Bagaimanapun, perlu diketahui bahawa dron ini tidak menyokong slot kad SD untuk penambahan storan.

DJI Neo_2

Rakaman boleh dipindahkan ke aplikasi DJI Fly melalui Wi-Fi. Lain-lain termasuk sokongan RockSteady, HorizonBalancing serta penstabilan gimbal mekanikal paksi tunggal.

Harga dan ketersediaan

DJI Neo_7

DJI Neo sudah pun mula dijual pada harga bermula RM869 untuk dron sahaja dan RM1,529 bagi pembelian kombo.

Untuk pembelian secara dalam talian, layari kedai rasmi DJI di:

  • Shopee: https://invl.io/cllno9u

Berkaitan

  • DJI Avata 2 Jadikan Anda Pilot Dron 'Profesional' Pada Harga RM1,999
  • Dua Dron Terbaru DJI Kini Di Malaysia Untuk Servis Penghantaran Barang
  • Kedai DJI | Hasselblad Experience Pertama Dibuka Di KLCC
  • DJI Perkenal Basikal Elektrik Amflow PL - Dikuasakan DJI Avinox Drive System

Sumber: DJI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY