Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Kedai DJI | Hasselblad Experience Pertama Dibuka Di KLCC

Posted on Jun 29, 2024Julai 1, 2024

DJI dan Hasselblad kini mengumumkan bahawa kedai DJI | Hasselblad Experience yang pertama di Malaysia kini dibuka. Ia menawarkan pelbagai barisan produk yang lengkap sambil dihiasi karya Hasselblad.

Kedai ini terletak di Lot 117, Tingkat 1, Suria KLCC. Menerusinya, setiap pengunjung boleh merasai pengalaman fotografi teknologi tinggi.

Selain itu, kedai ini turut menampilkan kamera terkini Hasselblad termasuk 907X 100C, X2D 100C serta edisi terhad 907X 50C 80th Anniversary Edition. Sementara produk DJI pula, ia termasuk DJI Osmo Pocket 3, DJI Avata 2 dan banyak lagi.

Bagi meraikannya juga, kempen “Snap and Win” dilancarkan yang bermula 25 Jun sehingga 1 Julai. Semua orang yang hadir ke kedai boleh mengambil gambar, mengikuti dan menanda @DJI.Malaysia dan @Hasselblad.MY di halaman Facebook dan Instagram serta membuat muat naik di media sosial berserta tanda pagar #DJIXHASSELBLADKLCC.

Pemenang bertuah akan dipilih untuk menerima DJI OSMO Mobile 6 yang bernilai RM639.

Sumber: Siaran media DJI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress