Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Amflow PL_4

DJI Perkenal Basikal Elektrik Amflow PL – Dikuasakan DJI Avinox Drive System

Diterbitkan Julai 3, 2024 · Dikemas kini Julai 3, 2024 oleh Amalina Athman

Selepas dron, DJI nampaknya kini memasuki segmen pasaran basikal elektrik pula. DJI hari ini memperkenalkan DJI Avinox Drive System dan jenama basikal elektrik baharu, Amflow.

Berkaitan

  • DJI Uji Servis Penghantaran Guna Dron Pertama Di Dunia Di Gunung Everest
  • Kedai DJI | Hasselblad Experience Pertama Dibuka Di KLCC

Basikal elektrik karbon fiber Amflow PL yang dikuasakan DJI Avinox Drive System menampilkan kuasa puncak 850W (output kuasa nominal 250W) dalam binaan ultra ringan seberat 19.2 kg.

xl (6)
Amflow PL Carbon (800Wh)
Amflow PL_3
Amflow PL Carbon Pro (800Wh/600Wh)
DJI Avinox

Avinox Drive System dilengkapi empat mod bantuan menunggang, iaitu Auto, Eco, Trail dan Turbo, dan mod Boost boleh diaktifkan dengan cepat untuk laluan mencabar.

xl (4)

Dalam mod Boost, ia boleh mencapai tork 120Nm dan output maksima serta-merta 1000W. Mod Boost boleh dikekalkan selama maksimum 30 saat, selepas itu ia akan bertukar semula secara automatik ke mod yang dipilih sebelum ini dengan tork maksimum 105 Nm.

DJI Perkenal Basikal Elektrik Amflow PL – Dikuasakan DJI Avinox Drive System
DJI Perkenal Basikal Elektrik Amflow PL – Dikuasakan DJI Avinox Drive System
DJI Perkenal Basikal Elektrik Amflow PL – Dikuasakan DJI Avinox Drive System

 

Ia menawarkan dua pilihan bateri boleh tanggal – 800Wh atau 600Wh, dengan pengecas pantas Avinox 508W GAN yang mampu mengisi bateri daripada 0-75% dalam tempoh 1 jam 30 minit.

DJI Avinox_5

Basikal ini mempunyai paparan skrin sentuh OLED bersaiz 2-inci dengan maksimum kecerahan 800 nit dan 326 ppi. Skrin ini diintegrasikan dalam aplikasi Avinox untuk akses wayarles kepada basikal dan semua sistem data tunggangan, melalui sambungan Bluetooth.

Pengguna juga boleh mengaktifkan Phone Key untuk membuka kunci basikal secara automatik mengikut jarak.

DJI Perkenal Basikal Elektrik Amflow PL – Dikuasakan DJI Avinox Drive System
DJI Perkenal Basikal Elektrik Amflow PL – Dikuasakan DJI Avinox Drive System

Selain itu, terdapat ciri Bike Protection yang boleh menghantar notifikasi apabila melihat pergerakan tidak normal, membantu pengguna kekal mengetahui lokasi dan status basikal tersebut. Amflow PL juga akan membunyikan penggera sekiranya mengesan kerosakan dalam sistem pemacu.

Amflow PL_1

Amflow PL serasi dengan kedua-dua roda belakang 29 dan 27.5 inci.

Ketersediaan

Amflow PL_5

Amflow PL dijangka tersedia pada suku keempat tahun ini. Melalui The Verge, DJI memberitahu harga basikal elektrik ini dijangkakan antara €7,000 dan €12,000 (RM35,533 dan RM60,914), meletakkannya sebaris dengan basikal elektrik premium seperti siri Specialized Turbo.

  • Beli produk DJI di Shopee: https://invl.io/cllcnkc
  • Beli produk DJI di Lazada: https://invol.co/cllcnkg

Sumber: PRNewswire

Rujukan: DJI, Amflow

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY