Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
DJI Mini 5 Pro_6

DJI Mini 5 Pro Kini Rasmi – Sensor 1 Inci, Harga Bermula RM3,399

Diterbitkan September 17, 2025 · Dikemas kini September 17, 2025 oleh Amalina Athman

DJI hari ini memperkenalkan dron kompak terbarunya, iaitu DJI Mini 5 Pro.

Mini 5 Pro merupakan dron kompak pertama DJI yang dilengkapi sensor CMOS 1-inci 50MP, meningkat daripada 1/1.3 inci pada Mini 4 Pro.

DJI Mini 5 Pro_7
DJI Mini 5 Pro_2
DJI Mini 5 Pro_3

Sensor ini membolehkan setiap butiran dirakam dengan jelas walaupun dalam keadaan cahaya rendah seperti matahari terbenam dan pemandangan malam. Dron ini turut menampilkan mod Med-Tele 48mm baharu dengan resolusi zum digital lebih tinggi berbanding model terdahulu.

Dalam aspek video, Mini 5 Pro menyokong rakaman video 4K/60fps HDR dengan hingga 14 stop julat dinamik, manakala rakaman slow-motion kini sehingga 4K/120fps.

DJI Mini 5 Pro_4

Dron ini juga boleh merakam video 10-bit menggunakan pengekodan H.265, dengan ISO maksimum 12800. Dalam mod warna D-Log M dan HLG, ISO maksimum ialah 3200.

Selain itu, Mini 5 Pro turut menyokong 225° Flexible Gimbal Rotation dan True Vertical Shooting yang membolehkan rakaman menegak tanpa pemotongan. Setiap foto dan video terus tersedia untuk dikongsi di media sosial.

Dari segi jangka hayat bateri, DJI mendakwa Mini 5 Pro menawarkan dua minit tambahan berbanding Mini 4 Pro, membolehkan penerbangan sehingga 36 minit berbanding 34 minit.

DJI Mini 5 Pro_8

Dron ini turut dilengkapi storan dalaman 42GB, LiDAR menghadap ke depan, ActiveTrack 360° yang ditambah baik, Bluetooth 5.4, GNSS dwi-jalur L1+L5, dan pelbagai mod pintar lain untuk pengalaman penerbangan lebih baik.

Harga dan ketersediaan

DJI Mini 5 Pro_5

Di Malaysia, DJI Mini 5 Pro ditawarkan pada harga bermula RM3,399, dan boleh didapati melalui pengedar sah serta kedai dalam talian seperti Shopee dan Lazada.

Berkaitan

  • DJI Mavic 4 Pro Dilancarkan Dengan 3 Kamera Boleh Putar 360°
  • DJI Kukuhkan Kehadiran Di Malaysia Dengan Kedai Dua Tingkat Pertama
  • DJI Lancar Kamera Aksi 360° Pertama, Osmo 360 - Harga Bermula RM1,879
  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY