Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
DJI Mavic 4 Pro

DJI Mavic 4 Pro Dilancarkan Dengan 3 Kamera Boleh Putar 360°

Diterbitkan Mei 14, 2025 · Dikemas kini Mei 14, 2025 oleh ariff bukhari

DJI melancarkan Mavic 4 Pro, dron terbaru serba canggih dengan kamera 100MP Hasselblad, sistem tiga kamera dengan panjang fokus 28mm, 70mm, dan 168mm, serta gimbal 360° untuk rakaman dinamik.

Kamera utamanya menyokong rakaman video 6K/60fps HDR, manakala kamera tele menyokong 4K/100fps dan kamera tele sederhana untuk rakaman video 4K/120fps.

Antara ciri utama lain dron ini ialah kemampuan masa penerbangan sehingga 51 minit dengan bateri 95Wh, penghantaran video HD sejauh 30km, kelajuan penerbangan maksimum 90km/j sejauh 41km dan penghindaran halangan omnidirectional.

DJI Mavic 4 Pro 1
Rekaan aerodinamik serta sistem penghantaran DJI O4+ menjamin prestasi stabil dalam pelbagai persekitaran.

Dron ini juga dilengkapi dengan alat kawalan jauh RC Pro 2 Remote yang mempunyai skrin Mini-LED 7 inci, memudahkan lagi rakaman dan kawalan profesional.

DJI RC Pro 2 Remote

Mavic 4 Pro turut menyokong ciri QuickTransfer, untuk pemindahan fail dengan pantas tanpa perlu menghidupkan dron.

Mavic 4 Pro tersedia dalam 3 varian iaitu :

  • DJI Mavic 4 Pro 512GB Creator Combo berharga RM15,099;
  • DJI Mavic 4 Pro Fly More Combo berharga RM11,749;
  • DJI Mavic 4 Pro (DJI RC 2) berharga RM9,599.

Untuk info lanjut, layari DJI Mavic 4 Pro.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Semua Model EV BYD Kini Sokong Platform Pelancaran Dron DJI
  • Bina PC Power Tanpa Koyak Poket: JOI Work Ultra PC Jawapannya
  • Astro Hargai Penjawat Awam, Tawar Pek Premium Serendah RM39.99/bulan

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY