Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
DJI Low Yat

DJI Kukuhkan Kehadiran Di Malaysia Dengan Kedai Dua Tingkat Pertama

Diterbitkan Julai 21, 2025 oleh Amsyar Latif

DJI Malaysia telah membuka kedai pengalaman dua tingkat pertama di Low Yat Park, menandakan pencapaian baharu dalam runcit teknologi interaktif di negara ini. Kedai ini menampilkan zon demo untuk mencuba dron seperti DJI Avata 2 dan Mini 4 Pro di tingkat bawah, manakala tingkat atas mempamerkan peralatan profesional seperti Inspire 3 dan penstabil Ronin.

Selain jualan, kedai ini juga akan menjadi pusat pendidikan dengan bengkel bermula September 2025, merangkumi kelas asas penerbangan dron hingga ke masterkelas sinematografi lanjutan.

DJI Low Yat

Menurut Timbalan Ketua Eksekutif DJI, Eason Guo, kedai ini bukan sekadar untuk jualan, tetapi juga membina komuniti pencipta. Pelanggan turut boleh menikmati tawaran eksklusif, sokongan teknikal di tapak dan servis peralatan di mana ia adalah yang pertama di Malaysia.

Kedai ini dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 10 malam.

Berkaitan

  • DJI Mavic 4 Pro Dilancarkan Dengan 3 Kamera Boleh Putar 360°
  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda
  • DJI Perkenal Power 2000, Stesen Kuasa Mudah Alih Sokong Kapasiti Sehingga 22,528Wh

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY