Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
harga DJI Osmo 360

DJI Lancar Kamera Aksi 360° Pertama, Osmo 360 – Harga Bermula RM1,879

Diterbitkan Julai 31, 2025 · Dikemas kini Julai 31, 2025 oleh Amalina Athman

DJI kini melancarkan kamera aksi 360° pertamanya, DJI Osmo 360, yang direka untuk bersaing secara langsung dengan Insta360 X5.

Menyentuh spesifikasi, Osmo 360 tampil dengan rekaan lebih kompak seberat 183g dan dilengkapi skrin bersaiz 2-inci.

DJI Osmo 360_3

Osmo 360 tidak menyokong lensa yang boleh ditukar, namun berbeza dengan X5 yang hanya menggunakan sebahagian daripada sensor segi empat 1/1.28-inci miliknya, kamera 360° DJI ini menggunakan sepenuhnya sensor HDR baharu bersaiz 1 inci berbentuk segi empat sama.

DJI Osmo 360_1

Dari segi prestasi rakaman, Osmo 360 mengatasi sedikit keupayaan X5 dengan sokongan video 8K/50fps, berbanding 30fps pada X5. Ia turut menyokong rakaman video 10-bit yang memberikan lebih banyak kebebasan untuk penyuntingan warna.

Kadar bingkai boleh ditingkatkan kepada 60fps jika diturunkan ke resolusi 6K, atau mencecah sehingga 100fps pada 4K. Mod Boost Video membolehkan rakaman video sehingga 170° dengan sokongan 4K/120fps.

DJI Osmo 360_2

Osmo 360 juga mampu merakam imej 360° pada resolusi setinggi 120MP. Jika merakam dalam mod HDR, resolusi akan ditetapkan kepada 30MP.

Baterinya berkapasiti 1,950mAh dengan ketahanan sehingga 100 minit rakaman berterusan pada tetapan 8K/30fps untuk sekali cas.

DJI Osmo 360_5
DJI Osmo 360_7
DJI Osmo 360_4

Ciri lain yang disertakan termasuk kawalan suara dan isyarat tangan untuk memulakan atau menghentikan rakaman dari jauh, serta teknologi penstabilan HorizonSteady dan RockSteady 3.0.

Osmo 360 turut dilengkapi storan terbina 128GB (105GB tersedia) dan menyokong penambahan storan melalui kad mikroSD, serta sambungan Wi-Fi 6.0 dan Bluetooth 5.1.

Harga dan ketersediaan

DJI Lancar Kamera Aksi 360° Pertama, Osmo 360 – Harga Bermula RM1,879
DJI Lancar Kamera Aksi 360° Pertama, Osmo 360 – Harga Bermula RM1,879

Untuk pasaran Malaysia, DJI Osmo 360 ditawarkan dalam dua pilihan iaitu Standard Combo pada harga RM1,879 dan Adventure Combo berharga RM2,369.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • DJI Mic Mini Baharu Kini Rasmi, Lebih Kecil Dan Ringan
  • DJI Mavic 4 Pro Dilancarkan Dengan 3 Kamera Boleh Putar 360°
  • Saya Cabar Diri Guna Telefon HUAWEI Selama 7 Hari Tanpa Google Play, Ini Apa Yang Saya Belajar
  • DJI Kukuhkan Kehadiran Di Malaysia Dengan Kedai Dua Tingkat Pertama

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY