Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
DJI Lito Series_

DJI Perkenal Lito X1, Lito 1 – Rakaman 4K HDR, LiDAR, Mampu Terbang Sehingga 36 Minit

Diterbitkan April 23, 2026 · Dikemas kini April 24, 2026 oleh Amalina Athman

DJI hari ini memperkenalkan siri dron Lito yang menyasarkan beginner atau pengguna yang baru ‘berjinak’ dalam dunia fotografi udara. Ia hadir dengan dua model iaitu Lito X1 dan Lito 1, masing-masing dengan berat sekitar 249 gram.

Sebagai model lebih premium, Lito X1 menggunakan sensor 48MP 1/1.3 inci CMOS dengan apertur f/1.7 yang mampu menghasilkan imej lebih tajam. Ia turut dilengkapi sistem pengesanan halangan 5-Lux Omnidirectional serta LiDAR di bahagian hadapan, membantu dron mengesan persekitaran dengan lebih tepat terutama di kawasan yang kompleks.

DJI Lito X1_2

Model ini menyokong rakaman video sehingga 4K/60fps HDR dan 4K/100fps serta menawarkan 14-Stop Dynamic Range dengan sokongan 10-bit D-Log M.

DJI Lito X1

Bagi pilihan lebih mampu milik, Lito 1 menampilkan sensor 48MP 1/2 inci CMOS dengan apertur f/1.8 yang menyokong rakaman foto sehingga resolusi 8K dan video 4K/100fps.

DJI Lito 1_2

Walaupun turut dilengkapi sistem pengesanan halangan 5-Lux Omnidirectional, model ini tidak didatangkan dengan sokongan LiDAR. Selain itu, perbezaan ketara juga dapat dilihat pada storan di mana Lito X1 hadir dengan storan dalaman 42GB, manakala Lito 1 bergantung sepenuhnya kepada penggunaan kad mikroSD.

DJI Lito 1 spec_

Melengkapkan siri ini, DJI menyertakan pelbagai ciri pintar seperti ActiveTrack, QuickShots, MasterShots, Hyperlapse dan Panorama. Ciri-ciri ini membolehkan pengguna menghasilkan rakaman sinematik secara automatik tanpa perlu menguasai kawalan manual yang sukar. Dari segi penerbangan, siri Lito menawarkan masa operasi sehingga 36 minit serta menyokong rintangan angin sehingga 10.7 m/s.

Bagi memudahkan urusan pasca-produksi, sokongan QuickTransfer melalui Wi-Fi 6 membolehkan pemindahan fail dilakukan sepantas 50 MB/s terus ke peranti pintar.

Harga dan ketersediaan

DJI Lito 1 dijual pada harga €339 (~RM1,572), manakala versi Fly More Combo pada €479 (~RM2,222)  DJI Lito X1 pula bermula pada €419 (~RM1,944) dan versi Fly More Combo pada €579 (~RM2,686).

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY