Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
DJI Osmo Pocket4P (1)

DJI Mengacah Kehadiran Osmo Pocket 4P – Dilengkapi Dua Kamera

Diterbitkan April 17, 2026 · Dikemas kini April 17, 2026 oleh Amalina Athman

Seiring pengenalan Osmo Pocket 4 semalam, DJI nampaknya turut menyediakan satu lagi kejutan apabila mula mengacah kehadiran Osmo Pocket 4P.

Melalui video pendek yang dikongsikan di Weibo, gergasi teknologi itu memberikan bayangan awal mengenai kewujudan varian yang lebih berkuasa. Menariknya, video berkenaan memaparkan konfigurasi sistem dwi-kamera pada unit gimbal, satu pembaharuan bagi siri Pocket yang selama ini hanya menggunakan satu lensa.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2026/04/17184733/DJI-Osmo-Pocket-4P.mp4

Osmo Pocket 4P dijangka mengekalkan lensa utama dengan sensor CMOS 1-inci seperti model standard, namun bakal ditemani lensa kedua yang menawarkan sokongan telefoto 3x zum.

Selain itu, Pocket 4P juga dilihat menampilkan dua butang fizikal baharu di bahagian bawah skrin, sama seperti model Pocket 4.

Setakat ini, DJI masih belum mendedahkan tarikh pelancaran rasmi. Malah, masih belum jelas sama ada Osmo Pocket 4P akan dilancarkan secara global atau hanya untuk pasaran tertentu terlebih dahulu.

Berkaitan

  • DJI Neo 2 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM899
  • DJI Osmo Action 6 Dilancarkan, Harga Bermula RM2,079
  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • DJI Lancar Dron Avata 360, Harga Dari RM2,599
  • DJI Osmo Pocket 4 Kini Rasmi - 107GB Storan Terbina, Harga Dari RM1,999

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY