Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
DJI Matrice 4 Series

Siri DJI Matrice 4 Dilancar, Dron ‘Flagship’ Dengan Harga Bermula ~RM21,600

Diterbitkan Januari 9, 2025 ยท Dikemas kini Januari 9, 2025 oleh ariff bukhari

DJI hari ini memperkenalkan siri Matrice 4, dron flagship kompak untuk keperluan industri dengan menampilkan 2 model iaitu Matrice 4T dan Matrice 4E yang dilengkapi kemampuan seperti pengesanan pintar dan pengukur jarak laser.

Dengan platform komputeran AI dan sensor canggih, dron ini menawarkan operasi penerbangan yang lebih selamat dan dipercayai.

Antara ciri Matrice 4 adalah:

  • Operasi Pintar dengan AI
  • Visual jelas dan stabil walau cahaya rendah
  • Pemetaan berketepatan tinggi
  • Hadir dalam reka bentuk yang ringkas dan mudah alih
  • Waktu penerbangan sehingga 49 minit
DJI Matrice 4E
DJI Matrice 4E.
DJI Matrice 4T
DJI Matrice 4T dilengkapi kamera termal inframerah yang menyokong mod resolusi tinggi hingga 1280×1024 piksel, dengan lampu bantu NIR yang menjangkau hingga 100 meter.

Siri DJI Matrice 4 dilengkapi kamera tele medium dan tele jarak jauh. Lensa tele medium 70mm (1/1.3 CMOS, 48MP, f/2.8) memungkinkan pemantauan jelas seperti melihat retakan dari jarak 10 meter.

Lensa tele 168mm (1/1.5 CMOS, 48MP, f/2.8) pula mampu menangkap perincian luar biasa hingga jarak 250 meter. Selain itu, pengukur jarak laser dapat mengukur hingga 1800 meter.

Matrice 4 turut hadir dengan aksesori yang dipertingkatkan untuk efisiensi dan fleksibiliti operasi seperti DJI AL1 SpotLight yang mampu menerangi subjek hingga jarak 100 meter serta liputi sudut lebar yang lebih luas.

Dron DJI Matrice 4E yang berharga USD4,799 (~RM21,600) dan DJI Matrice 4T berharga USD7,299 (~RM32,900) untuk industri perusahaan kini tersedia untuk pembelian bermula hari ini daripada stor rasmi DJI dan pengedar DJI Enterprise yang sah.

Untuk spesifikasi penuh dron DJI Matrice 4 ini, layari laman https://enterprise.dji.com/matrice-4-series/specs.

Berkaitan

  • DJI Air 3S Dilancarkan Dengan Teknologi LiDAR Hadap Ke Hadapan, Harga Bermula RM4,599
  • DJI Mic Mini Baharu Kini Rasmi, Lebih Kecil Dan Ringan
  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia

Sumber: DJI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kementerian Kewangan Nafi Dakwaan Caj Perkhidmatan QR Akan Dikenakan Mulai 1 November
  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
©2026 WISER.MY