Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Goggle N3

DJI Lancarkan Goggle N3 Baharu Pada Harga Lebih Mampu Milik

Diterbitkan November 7, 2024 · Dikemas kini November 7, 2024 oleh ariff bukhari

DJI baru melancarkan Goggles N3 baharu yang merupakan gogal FPV (First Person View) termurahnya untuk penerbangan dron.

Dijual pada harga kurang separuh daripada harga Goggles 3 (RM2,399), versi Goggle N3 ditawar pada harga lebih mampu  milik iaitu USD229 (~RM1001) yang boleh digandingkan bersama model dron Neo dan Avata 2.

“DJI Goggles N3 menawarkan semua orang peluang untuk duduk di kokpit dan mengalami pengalaman helah udara seperti flip dan drift dari keselesaan ruang tamu mereka.” Ferdinand Wolf, Pengarah Pengalaman Produk di DJI.

Dilengkapi dengan sistem penghantaran video digital O4 termaju DJI, Goggles N3 menawarkan prestasi anti-gangguan dengan suapan langsung 1080p/60fps, purata kependaman ultra rendah 31 ms1, dan julat penghantaran sehingga 13km.

Goggle N3 1
DJI Goggles N3 secara automatik memilih jalur frekuensi optimum antara 2.4 GHz dan 5.8 GHz1 berdasarkan persekitaran, memastikan paparan langsung yang lancar, walaupun semasa terbang pada kelajuan tinggi.

DJI Goggles N3 mampu beroperasi selama 2.7 jam masa penerbangan serta menyokong suapan langsung di telefon pintar sebagai paparan kedua menerusi sambunga kable USB-C.

DJI Goggles N3 akan tersedia selewatnya pada penghujung November ini.

Berkaitan

  • DJI Air 3S Dilancarkan Dengan Teknologi LiDAR Hadap Ke Hadapan, Harga Bermula RM4,599
  • Nak Telefon Flip Tapi Skrin Besar, Kamera Lawa? Ini Telefon Anda Cari
  • "Telefon Samsung Dengan Garisan Hijau Itu Adalah Normal" - Netizen

Sumber: DJI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY