DJI telah melancarkan mikrofon terbaru untuk melengkapkan dua model sedia ada. DJI Mic Mini adalah mikrofon tanpa wayar yang bersaiz lebih kecil dan juga ringan berbanding mikrofonnya yang lain.
Ia sekali gus sesuai untuk pencipta kandungan di luar sana yang mahukan mikrofon tambahan yang ringan dan mudah dibawa. Paling penting, harga lebih mampu milik.
Unit mikrofon Mic Mini ini hanya seberat 10g. Dengan reka bentuk yang ringan ini, ia tidak mengganggu pakaian dan hampir tidak terasa apabila dipakai.
Menariknya, unit mikrofon hadir dalam warna putih, yang membolehkan ia disesuaikan dengan warna pakaian untuk lebih tersembunyi dan estetik.
Set lengkap Mic Mini ini termasuk bekas penyimpanan, dua unit mikrofon, dan satu unit penerima isyarat. Ia turut dilengkapi penyesuai USB-C, Lightning, dan bicu 3.5mm, menjadikan mikrofon ini sesuai untuk pelbagai peranti.
Telefon Android dan iPhone kini menggunakan USB-C, manakala kamera DSLR dan Mirrorless boleh memanfaatkan bicu audio 3.5mm. Bekas penyimpanan juga bertindak sebagai pengecas dan boleh disambungkan ke sumber kuasa melalui port USB pada bekas tersebut. DJI Mic Mini tidak terhad kepada sambungan fizikal sahaja.
Ia juga boleh disambung secara wayarles dengan produk DJI sedia ada tanpa memerlukan penerima tambahan. Sebagai contoh, ia boleh disambungkan dengan Osmo Action 5 Pro, Osmo Action 4, dan Osmo Pocket 3.
Ia dilengkapi dengan dua tahap pembatalan hingar dan fungsi pengehad audio untuk memastikan audio kekal dalam julat dinamik yang sesuai.
Dengan bateri yang mampu bertahan sehingga 48 jam (termasuk penggunaan bekas pengecas), Mic Mini ini memastikan kelancaran rakaman sepanjang hari.
DJI Mic Mini kini tersedia di Malaysia dengan harga seperti berikut:
Mic Mini (2 mikrofon + 1 penerima isyarat) – RM699
Mic Mini (1 mikrofon + 1 penerima isyarat) – RM339
Mikrofon sahaja – RM199
Beli di:
Shopee – https://invl.io/clm1ezn
Lazada – https://invol.co/clm1ezp
{suggest}
Sumber: dji