Sama seperti Steam pada awal bulan yang lalu, kini Epic Games pula menawarkan diskaun untuk beberapa permainan platform PC yang terpilih dan tersedia dalam perkhidmatannya bersempena cuti musim panas yang hanya akan berkesan sehingga 1 Ogos 2024.
Antaranya adalah permainan sukan bola sepak EA SPORTS FC 24 Standard Edition yang kini hanya pada RM15.80 sahaja.
Bukan itu sahaja, EA SPORTS FC™ 25 juga yang telah pun membuka tirainya pada 18 Julai yang lepas sudah boleh di prapesan melalui Epic Games juga untuk Standard Edition (RM259) dan Ultimate Edition (RM349).
Selain itu, Hogwarts Legacy juga tersenarai dengan harga selepas diskaun iaitu RM249 RM99.60 sahaja untuk anda alami pengalaman seakan-akan di dalam dunia sihir Harry Potter.
Bukan sahaja pengalaman sebagai seorang ahli sihir tetapi anda boleh menjadi seorang lelaki yang bebas tanpa peraturan di negara barat dalam dunia Red Dead Redemption II hanya pada harga RM219 RM87.60.
Berbeza pula untuk Avatar: Frontiers of Pandora di mana anda akan menyelami dunia Western Frontier dalam misi menyambung semula warisan puak Na’vi yang telah hilang lalu melindunginya daripada penaklukan kuasa RDA (Resources Development Administration).
Harga permainan ini ditetapkan pada RM229 RM114.50 sehingga promosi tamat.
Jika anda berminat untuk ketahui lebih lanjut tentang permainan lain yang terpilih, boleh lihat di laman web rasmi Epic Games Store.
Selain daripada diskaun ‘Summer Sale’ tersebut, permainan Black Myth: Wukong yang merupakan adaptasi siri drama dan novel Journey to the West juga telah tersedia untuk prapesan pada harga RM219.
Walau bagaimanapun, permainan ini juga dikatakan akan penuh dengan mitos-mitos dari negara China dan boleh mula dimuat turun pada 20 Ogos 2024 dengan ketersediaan Digital Deluxe Edition juga pada harga RM259.
{suggest}