Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-07-24T151609.509

Suara Asal Nobita, Noriko Ohara Meninggal Dunia Pada Usia 88 Tahun

Diterbitkan Julai 24, 2024 ยท Dikemas kini Julai 24, 2024 oleh Muhd Idham

Berdasarkan laporan yang diberikan oleh Comic Natalie, Noriko Ohara (nama sebenar Noriko Tobe) yang terkenal dengan penglibatannya sebagai salah satu seniman dalam industri pelakon suara asal untuk siri animasi Jepun, Doraemon telah disahkan meninggal dunia pada usia 88 tahun oleh syarikat pengurusan beliau, 81 Produce pada 12 Julai 2024.

Suara Asal Nobita, Noriko Ohara Meninggal Dunia Pada Usia 88 Tahun
Noriko Ohara

Watak yang dimainkan beliau iaitu Nobita Nobi kini hanya menjadi kenangan untuk kanak-kanak pada satu ketika dahulu apabila berita ini mula diura-urakan di seluruh Jepun pada minggu yang lalu.

Menurut 81 Produce, beliau telah pun menjalani rawatan perubatan sebelum menghembuskan nafas yang terakhir dan pengebumiannya hanya dihadiri oleh ahli keluarga yang terdekat sahaja atas permintaan dan kehendak keluarga beliau sendiri.

Untuk pengetahuan anda, peranan beliau sebagai pelakon suara utama Nobita telah diganti oleh Megumi Ohara yang tiada kaitan tali keluarga dengan Noriko sejak tahun 2005.

Suara Asal Nobita, Noriko Ohara Meninggal Dunia Pada Usia 88 Tahun
Megumi Ohara

Siri animasi Doraemon itu terus berkembang dengan penglibatannya sehingga filem ke-43 mereka yang disiarkan pada bulan Mac 2024 yang lalu iaitu “Doraemon: Nobita’s Earth Symphony”.

Berkaitan

  • Yoodo Alliance Layak Dengan Cemerlang Untuk Kejohanan Utama PMWC 2024
  • Syarikat Latihan Keselamatan AS Tersilap Upah Penggodam Korea Utara Jadi Jurutera Perisian
  • HONOR 200 Lite Tiba Di Malaysia 26 Julai, Harga Rasmi RM1,299
  • Spotify Rekodkan Peningkatan Pendapatan, Pengguna Baharu Makin Meningkat
  • CEO Spotify Sahkan Ada Pelan Baharu, Mungkin Sokongan HiFi

Sumber: Comic Natalie

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY