Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Maybank Lanjutkan Waktu Operasi Cawangan Untuk Urusan Berkaitan Aplikasi MAE

Dakwaan Pangkalan Data Bocor, Maybank Sahkan Sistem Kekal Selamat

Diterbitkan Julai 24, 2024 · Dikemas kini Julai 25, 2024 oleh Amalina Athman

Susulan dakwaan pangkalan data Maybank2u diterbitkan di forum web gelap, Maybank hari ini telah mengeluarkan kenyataan rasmi.

Maybank menjelaskan bahawa sistemnya kekal selamat dan semua maklumat pelanggan adalah dilindungi sepenuhnya.

#MBBAlert

Alleged Maybank2u Database Published on a Dark Web Forum

With respect to the alleged claim, Maybank would like to reassure our customers that our systems remain secure, and all Maybank customers information is fully protected.

(1/4)

— Maybank (@MyMaybank) July 24, 2024

Namun begitu, pihaknya memandang serius kebimbangan keselamatan dan akan terus memantau serta memastikan data dilindungi pada setiap masa.

Dengan pelbagai langkah untuk menangani penipuan telah dilaksanakan – termasuk penggunaan Secure2U untuk mengesahkan transaksi, dan tempoh bertenang untuk peningkatan had transaksi, Maybank berkata transaksi dalam talian pengguna kekal dilindungi.

Dalam pada itu, Maybank menyarankan pelanggan untuk sentiasa berwaspada dan melindungi maklumat mereka. Antaranya termasuk memastikan ID Pengguna, kata laluan dan butiran tidak didedahkan, berhati-hati dengan perisian hasad, mesej WhatsApp serta laman web phishing dan panggilan telefon yang tidak dikenali.

Berkaitan

  • Maybank2U MY Tidak Lagi Tersedia Di Gedung Aplikasi Bermula 30 Jun
  • Maybank2u Akan Kuat Kuasa Tempoh Bertenang 12 Jam Untuk Peningkatan Had Transaksi

Sumber: Maybank

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY