Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-07-24T105558.439

HONOR 200 Lite Tiba Di Malaysia 26 Julai, Harga Rasmi RM1,299

Diterbitkan Julai 24, 2024 oleh Muhd Idham

Bermula dengan kehadiran siri HONOR 200 yang terdiri daripada model standard dan Pro pada bulan Jun yang lalu, model terbaru untuk siri tersebut iaitu HONOR 200 Lite akan rasmi tersedia dalam pasaran Malaysia bermula 26 Julai 2024.

Screenshot 2024-07-24 105422

Model Lite ini dipadankan dengan pemprosesan MediaTek Dimensity 6080 (2.4GHz) serta disokong oleh GPU Mali-G57 MC2 dan menjalankan MagicOS 8.0 berasaskan Android 14.

Skrin yang digunakan adalah jenis AMOLED 6.7 inci pada resolusi 2412 x 1080.

Untuk kamera pula, ia dilengkapi dengan kamera utama 108MP (f/1.75), 5MP (f/2.2) ultra lebar, 2MP (f/2.4) makro dan swafoto 50MP (f/2.1). Kualiti rakaman pula adalah 1080p untuk kamera belakang dan juga kamera hadapan.

Bateri telefon ini hadir dengan kapasiti 4,500mAh dan pengecasan 35W.

Lain-lain ciri yang tersedia adalah Wi-Fi 5, Bluetooth 5.1, dwi-slot kad SIM dan pengcaman muka 2D.

Anda boleh mula dapatkan HONOR 200 Lite ini pada harga yang ditetapkan iaitu RM1,299 di mana-mana gedung dalam talian di bawah bermula 26 Julai 2024.

Shopee – https://invl.io/clkvpjf

Lazada – https://invol.co/clkvpjk

Berkaitan

  • PayNet Perkenal Program Akar, Tawar Latihan AWS Cloud Percuma Untuk Generasi Muda
  • Yoodo Alliance Layak Dengan Cemerlang Untuk Kejohanan Utama PMWC 2024
  • Syarikat Latihan Keselamatan AS Tersilap Upah Penggodam Korea Utara Jadi Jurutera Perisian
  • Dakwaan Pangkalan Data Bocor, Maybank Sahkan Sistem Kekal Selamat
  • Spotify Rekodkan Peningkatan Pendapatan, Pengguna Baharu Makin Meningkat

Sumber: Siaran Media HONOR Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY