Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-07-05T155620.477

Steam ‘Summer Sale’ Diskaun Sehingga 90%, Ini ‘Game’ Menarik

Diterbitkan Julai 5, 2024 oleh Muhd Idham

Sempena menyambut cuti musim panas di negara-negara terlibat, Steam telah adakan promosi diskaun untuk beberapa permainan PC. Tersedia juga permainan dari kategori pemain solo sehinggalah multipemain.

Palworld

Screenshot 2024-07-05 160918

Selepas pelancarannya pada awal tahun 2024 yang lepas, Palworld telah menjadi popular dalam kalangan peminat siri animasi Pokemon kerana anda boleh merasai pengalaman mengembara di dunia belantara seperti Ark yang dikelilingi dengan makhluk seakan-akan karakter dalam Pokemon.

Sekarang boleh dimiliki pada harga RM72 RM54.

Dead by Daylight

Screenshot 2024-07-05 161255

Bagi anda yang kurang meluangkan masa bersama rakan-rakan di luar, hubungan itu boleh dieratkan dengan bermain permainan kemahiran kendiri 4v1 ini.

Hanya memerlukan lima orang pemain dan empat daripadanya perlu mencari jalan keluar dari sesuatu kawasan sebelum ditangkap oleh orang kelima. Harganya kini serendah RM18.

STAR WARS Jedi: Survivor

Screenshot 2024-07-05 160759

Sesuai untuk para peminat filem bersiri STAR WARS untuk mereka rasakan sendiri berlawan menentang musuh dengan pedang laser.

Harga diskaun yang diberikan berjumlah RM239 RM107.55.

Stray

Screenshot 2024-07-05 161005

Mari bantu seekor kucing yang terpisah dengan keluarganya mencari jalan pulang ke rumahnya. Namun, tidak semudah itu kerana anda perlu mengelak daripada ditangkap oleh robot-robot di kota siber. Permainan Stray ini juga telah mendapat anugerah ‘Best Debut Indie Game’ dalam The Game Awards 2022.

Dapatkannya pada harga RM69 RM41.40.

Detroit: Become Human

Screenshot 2024-07-05 161025

Sekarang, kita akan beralih ke permainan plot penceritaan yang mengisahkan tentang manusia dan robot manusia yang hidup bersama. Kemudian, semua robot manusia perlahan-lahan mempunyai perasaan seperti manusia.

Rasakan emosi serta perasaan itu hanya pada harga RM149 RM59.60.

Terdapat banyak lagi permainan yang tersedia untuk promosi ini sebenarnya dan anda boleh terokainya di laman rasmi Steam, sebelum 11 Julai 2024, 1 pagi waktu tempatan.

Berkaitan

  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • Siri RedMagic 9S Pro Rasmi, Ada CUBE AI Dan Kipas 22,000 RPM
  • Beli Barang Elektronik Lebih Berbaloi Di Platform Ini
  • Tonton Treler 'Jujutsu Kaisen' Diadaptasi Ke Aksi Langsung
  • Hyundai Motor Dan LG Energy Solution Buka Kilang Bateri EV Pertama Di Negara Pengeluar Nikel Utama Dunia

Sumber: Steam

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY