Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Akan Padam Data ‘Backup’ Di iCloud Jika iPhone/iPad Anda Masih Jalankan iOS Terdahulu

Apple Akan Padam Data ‘Backup’ Di iCloud Jika iPhone/iPad Anda Masih Jalankan iOS Terdahulu

Diterbitkan November 19, 2024 · Dikemas kini November 19, 2024 oleh Amalina Athman

Apple kini memaklumkan akan menghentikan sokongan backup atau sandaran iCloud untuk peranti yang menjalankan iOS 8 dan versi sebelumnya.

Mulai 18 Disember 2024, sandaran peranti akan memerlukan iOS 9 atau versi lebih baharu. Dalam halaman sokongannya, Apple menjelaskan langkah ini diambil bagi menyelaraskan keperluan perisian minimum.

Sehingga tarikh ini, anda akan dapat menggunakan perkhidmatan ini seperti biasa. Selepas itu, data sandaran anda akan dipadamkan, melainkan anda mengemas kini kepada iOS 9 atau lebih baru.

Bermakna, tiada tindakan yang diperlukan jika peranti iOS tersebut telah sedia menjalankan perisian yang dikemas kini.

Walau bagaimanapun, sekiranya pengguna masih menggunakan peranti dengan iOS 5 hingga iOS 8 selepas 18 Disember 2024, pengguna tidak lagi dapat membuat sandaran baharu serta sandaran sedia ada untuk peranti berkenaan tidak akan dapat diakses.

Jadi, untuk terus menggunakan iCloud Backup, pastikan anda mengemas kini iPhone atau iPad anda kepada iOS 9 atau lebih baharu, atau sebaliknya sandarkan peranti secara manual ke Mac atau PC dengan iTunes atau Finder.

Perlu diketahui bahawa ia hanya melibatkan data iCloud. Sementara semua aplikasi, data dan kandungan pada iPhone, iPad atau iPod touch akan kekal pada peranti.

Berkaitan

  • Pelan Langganan iCloud+ Kini Tersedia Untuk 6TB Dan 12TB
  • Apple Mudahkan Anda Pindahkan Fail Google Photos Ke iCloud Photos
  • Laman Web iCloud Tambah 9 Ciri Baharu
  • Produk Elektronik Pilihan: Jimat Besar Di Shopee, Patut Masuk ‘Wishlist’ Anda

Sumber: Apple

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
©2026 WISER.MY