Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-07-12T122250.207

Apple Mudahkan Anda Pindahkan Fail Google Photos Ke iCloud Photos

Diterbitkan Julai 12, 2024 oleh Muhd Idham

Apple Support kini telah memperkenalkan satu perkhidmatan terbaru yang melibatkan pemindahan gambar serta video daripada platform Google Photos ke iCloud Photos.

Antara perkara yang perlu anda ambil perhatian adalah:-

  • Fail yang telah selesai dipindahkan ke iCloud Photos, tidak akan dipadamkan dari Google Photos secara automatik.
  • Pemindahan fail adalah secara terus dan tidak memerlukan sebarang muat turun.
  • Pemindahan fail akan mengambil masa berjam-jam malah mungkin berhari-hari, bergantung kepada saiz keseluruhan fail yang dipindahkan.

Servis pemindahan fail ini akan tersedia untuk semua individu yang mempunyai akaun Apple di lebih 240 buah negara seluruh dunia.

Anda akan terima pilihan ‘Google Takeout‘ di dalam iCloud Photos jika ia telah tersedia untuk digunakan.

Jenis-jenis fail yang boleh dipindahkan terdiri daripada JPEG, HEIC, PNG, GIF, TIFF, BMP, MP4 dan MOV. Selebihnya seperti Motion Photos atau Live Photos, tidak boleh dipindahkan dan akan dihantar ke iCloud Drive secara automatik.

Tambahan, perkhidmatan ini tidak dapat dilaksanakan oleh akaun kanak-kanak, akaun Managed Apple ID dan juga ketika Advanced Data Protection untuk iCloud dihidupkan.

Berkaitan

  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • Samsung Akan Pertingkat Bixby Dengan Teknologi GenAI Tahun Ini
  • ARM Umum Teknologi 'Upgrade' Resolusi Untuk Permainan Telefon Pintar
  • Samsung Galaxy Watch7 Dan Watch Ultra Tak Sokong Cas Secara Wayarles Guna Telefon
  • Kira-Kira 150 GPU Nvidia RTX A6000 Digunakan Untuk Kuasakan Paparan LED Gergasi Las Vegas

Sumber: 9to5mac

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY