Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple iCloud_

Pelan Langganan iCloud+ Kini Tersedia Untuk 6TB Dan 12TB

Diterbitkan September 19, 2023 · Dikemas kini September 19, 2023 oleh Amalina Athman

Dalam acara yang berlangsung minggu lalu, Apple telah mengumumkan pelan storan baharu untuk langganan iCloud+.

Sebelum ini, pengguna mempunyai pilihan maksimum untuk penambahan storan iCloud sehingga 2TB. Terbaharu, Apple telah menambah pilihan langganan storan iCloud+ untuk 6TB dan 12TB.

Berkaitan

  • Sebab Kenapa Telefon Ini Berbaloi Untuk Bajet Bawah RM1500
  • iOS 17 Sedia Untuk Dikemas Kini Dengan Pelbagai Ciri Baharu

Dengan penambahan tersebut, langganan iCloud+ kini tersedia dengan pilihan seperti berikut:

  • 50GB: RM3.90/bulan
  • 200GB: RM11.90/bulan
  • 2TB: RM44.90/bulan
  • 6TB: RM129.90/bulan
  • 12TB: RM269.90/bulan

Untuk naif taraf pelan iCloud+, pergi ke tetapan iCloud di peranti Apple yang menjalankan iOS atau macOS terkini. Kemudian, lihat pada “Manage Account Storage”.

Seperti biasa, iCloud+ hadir dengan akses seperti iCloud Private Relay, Hide My Email, perkongsian keluarga, HomeKit Secure Video, Custom Email Domain dan sebagainya.

Sementara itu, iCloud versi percuma masih ditawarkan dengan 5GB storan bagi setiap Apple ID.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Mini PC ASUS ProArt GR1X Dengan NVIDIA RTX Spark Berharga RM25,200 Di Malaysia
  • Tiga Angkasawan Termasuk Seorang Dari Pakistan Berjaya Berlepas Ke Stesen Angkasa Tiangong
  • YTL AI Lab Lancar Cikgu ILMU, AI Percuma Bantu Ibu Bapa Bimbing Pembelajaran Anak
  • XPENG Perkenal WorldGPT, Model AI Fizikal Untuk Kereta, Robot Dan Dron
  • Kioxia Bangunkan Memori Flash Baharu, 135% Lebih Cekap Tenaga Ketika Membaca Data
  • Samsung Lancar Monitor Gaming Dengan Kadar Segar Semula 1,100Hz Pertama Di Dunia
  • Kerajaan Teliti Pindaan Undang-Undang Bagi Paparan Kad Pengenalan Secara Digital – Gobind
  • Huawei Bebas Tuduhan Jenayah Terancang Di AS, Bersalah Atas 10 Pertuduhan Lain
©2026 WISER.MY