Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Laman Web iCloud Tambah 9 Ciri Baharu

Laman Web iCloud Tambah 9 Ciri Baharu

Diterbitkan Oktober 8, 2024 · Dikemas kini Oktober 8, 2024 oleh Amalina Athman

Apple hari ini mengemas kini laman web iCloud dengan sokongan beberapa ciri yang sebelum ini telah diperkenalkan dalam iOS.

Kini terdapat pilihan Mod Gelap yang akan dipadankan tetapan peranti, dengan skema warna Mod Cerah atau Mod Gelap.

Laman Web iCloud Tambah 9 Ciri Baharu

Selain itu, ia juga hadir dengan sokongan pin nota, navigasi yang dipertingkatkan dalam aplikasi Photos serta Shared View untuk iCloud Drive. Berikut merupakan senarai penuh bagi kemas kini tersebut:

  • Mod Gelap.
  • Suaikan ‘background’.
  • Reka bentuk yang diperbaharui untuk aplikasi Calendar dan sokongan kalendar Islam (Hijri).
  • Lihat fail yang telah dikongsi dalam tab “Shared View”.
  • Pilihan untuk pergi ke bulan atau tahun tertentu dalam ‌Photos dengan klik pada ikon kalendar.
  • Pilihan ubah tarikh, masa dan lokasi foto daripada tetingkap info.
  • Pilihan paparkan album dalam tile Photos pada halaman utama.
  • Pilihan paparkan nota yang dipinkan secara terus dalam tile Notes pada halaman utama.
  • Buat senarai peringatan baharu untuk memastikan tugasan teratur dan melengkapkan Reminders berulang.

Kemas kini ini sepatutnya telah tersedia kepada semua pengguna. Untuk melihat perubahan ini, layari laman web iCloud.com.

Berkaitan

  • Pelan Langganan iCloud+ Kini Tersedia Untuk 6TB Dan 12TB
  • Apple Mudahkan Anda Pindahkan Fail Google Photos Ke iCloud Photos
  • Storan iCloud Kekal Perkhidmatan Paling Popular Apple
  • Ramai Tak Tahu Tawaran Eksklusif iPhone 16 di iTworld, Jangan Terlepas

Sumber: iCloud

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
©2026 WISER.MY