Apple melalui siaran akhbar hari ini mengumumkan generasi baharu iPad Pro 11-inci dan 12.9-inci, yang dikuasakan oleh cip pemprosesan M2.
Menyentuh spesifikasi, Apple menyatakan cip pemproses M2 menampilkan 8-teras CPU, dengan sehingga 15% lebih pantas berbanding cip M1, 10-teras GPU yang memberikan prestasi grafik sehingga 35% lebih pantas untuk pengguna serta 16-teras Neural Engine.
Turut melengkapkan penawaran iPad Pro adalah sokongan Wi-Fi 6E serta port pengecasan USB-C dengan sokongan Thunderbolt/USB 4. Antara lainnya, ia juga hadir dengan sokongan Apple Pencil generasi ke-2 yang boleh mengesan isyarat elektromagnet yang dihantar melalui hujung pensel dari jarak sehingga 12mm di atas paparan.
iPad Pro didatangkan dengan sistem operasi iPadOS 16 yang mempunyai ciri baharu termasuk Stage Manager, sokongan paparan luaran penuh, Reference Mode dan sebagainya.
Harga
Dari segi harga, iPad Pro 11-inci ditawarkan dengan harga bermula RM3,899. Sementara itu, iPad Pro 12.9 inci pula diletakkan dengan tanda harga bermula RM5,399.
Buat masa ini, belum lagi diketahui bila ia akan tersedia untuk pasaran Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenainya, layari Apple Store.