Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
isu kebocoran data JPN_3

Dakwaan Kebocoran Data Peribadi Insiden Lama, Tiada Kaitan Dengan Platform Semasa – MKN

Diterbitkan Jun 22, 2026 · Dikemas kini Jun 22, 2026 oleh Amalina Athman

Majlis Keselamatan Negara (MKN) menerusi Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) tampil menjelaskan dakwaan kebocoran data peribadi yang tular di media sosial merujuk kepada maklumat dipercayai berpunca daripada insiden keselamatan siber yang dilaporkan sebelum 2022 dan tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana platform semasa.

Menurut NACSA, maklumat tersebut dipercayai diperoleh secara tidak sah menerusi aktiviti pencerobohan terhadap pelbagai sistem yang berlaku sebelum tahun 2022 dan kini disebarkan semula melalui platform dalam talian tanpa kebenaran.

Susulan itu, NACSA bersama MyNIC dan Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) telah mengambil tindakan segera, termasuk mendapatkan kerjasama penyedia perkhidmatan luar negara bagi menurunkan serta menyekat akses kepada laman web yang terlibat. Siasatan forensik digital turut dijalankan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengenal pasti individu atau pihak yang bertanggungjawab.

isu kebocoran data JPN_1
Foto: Jabatan Pendaftaran Negara

Dalam kenyataan sama, NACSA memaklumkan insiden tersebut mengukuhkan keperluan memperkenalkan Rang Undang-Undang (RUU) Jenayah Siber yang dijangka dibentangkan di Parlimen. Antara peruntukan yang dicadangkan termasuk menjadikan pencerobohan sistem komputer tanpa kebenaran, perbuatan merosakkan program komputer dan pencurian identiti sebagai kesalahan. Pesalah boleh dikenakan denda sehingga RM500,000, penjara sehingga tujuh tahun atau kedua-duanya sekali.

NACSA turut menjelaskan MyDigital ID bukan platform penyimpanan data peribadi, sebaliknya sistem pengesahan identiti digital yang disahkan secara berterusan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Menurut agensi itu, sehingga kini MyDigital ID telah merekodkan lebih 16 juta pendaftaran dan penggunaannya dalam sektor kerajaan serta swasta dijangka terus memperkukuhkan keselamatan transaksi digital serta mengurangkan risiko kecurian identiti.

Dalam pada itu, NACSA menegaskan keselamatan siber dan kepercayaan pengguna akan terus menjadi keutamaan dalam pembangunan ekosistem digital negara, selain memberi jaminan agensi itu akan terus bersedia menghadapi sebarang ancaman keselamatan siber.

Berkaitan

  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • MyKad Versi Baharu Dilengkapi 53 Ciri Keselamatan - Hologram, Kod QR, 'Guilloche'
  • Pengguna Perlu Muat Naik Dokumen Rasmi Untuk Pengesahan Umur Di Platform Media Sosial
  • MyDigital ID Tambah Pengesahan Biometrik Wajah Untuk Pendaftaran Di Kiosk

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY